Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hudud: Pas mahu terus bincang dengan rakan PR
ARASHY AZIM
13 Oktober 2012
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menegaskan pihaknya akan terus berbincang dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) tentang isu hudud memandangkan ia adalah jalan terbaik, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Kita sedar isu hudud ini telah berpanjangan agak lama, dan jawapannya sudah ada bahawa kita akan teruskan perbincangan dalam PR," kata Nik Abduh kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Pemuda Pas hari ini.


Kata beliau lagi, pendirian Pemuda Pas juga adalah untuk menghormati kedudukan setiap parti dalam PR untuk bersama berjuang dalam pilihan raya akan datang.


"Apa yang kita pegang adalah, setiap parti sentiasa menghormati kedudukan kita dalam PR... kita nak kritik parti - parti dalam PR, kita harap ia berlangsung dalam keadaan yang harmoni," kata beliau.


Tambah beliau, kritikan bukan sahaja menjurus kepada isu hudud, malah semua isu yang berkaitan dengan parti.


"Semua sekali isu atau masalah kalau nak dibincangkan mesti dalam keadaan yang harmoni... itu yang penting untuk kita menjaga kekuatan kita dalam PR dalam menghadapi pilihan raya akan datang," kata Nik Abduh.


Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata, bukan DAP yang menghalang segala matlamat Pas, sebaliknya Umno yang menjadi punca.


"Apa yang kita lihat, DAP tidak memerintah dan DAP juga tidak memegang tampuk penguasaan utama di peringkat pusat, yang banyak menghalang ialah Umno," kata beliau.


Tambah beliau, sejak Pas lahir, banyak halangan ditimbulkan untuk menggagalkan matlamat Pas.


"Saya beri contoh di Kelantan, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan enakmen manjalankan hudud tahun 1994 dan juga enakmen undang-undang Islam yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 2000, yang menghalangnya adalah Umno iaitu Barisan Nasional dan bukanya DAP," katanya.


"Kami lihat tiada sebarang bukti lagi mengatakan DAP menghalang dengan bentuk kuasa, tetapi hanya dalam bentuk ucapan-ucapan yang kita rasakan mereka melihat daripada sudut perspektif yang berbeza," tambah Raja Ahmad.


Kata beliau lagi, dengan adanya perbincangan berterusan dengan PR, kemungkinan matlamat Pas akan tercapai.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.