16 Ogos, 2013
Kedudukan Najib Makin Tergugat.. Ini Bukti Terbaru
Permusuhan terhadap Datuk Seri Najib Razak (gambar) dijangka menular
dalam Umno bagi tempoh beberapa minggu akan datang selepas Datuk Seri
Anwar Ibrahim mengiyakan pembangkang berbincang secara rahsia dengan
perdana menteri Malaysia itu untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Majalah digital The Edge Review hari ini melaporkan bahawa dua strategi
yang dilakukan Najib iaitu memberi habuan politik kepada `warlords’ dan
penyokong utama dengan pelbagai jawatan dan rundingan rahsia dengan
Anwar menerusi pegawai khas yang dipercayai dan ahli politik Indonesia,
tidak berjalan dengan baik bagi perdana menteri ke-6 itu.
Difahamkan perbincangan rahsia itu dikendalikan Naib Presiden Umno,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail – kedua-duanya adalah sahabat baik dari zaman Pemuda
Umno mereka.
“Tindakannya untuk mengukuhkan kedudukan politik dalam Umno
mengasingkan persempadanan utama dalam parti dan menimbulkan kemarahan
di kalangan individu berkuasa, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun
Daim Zainuddin, yang secara tertutup mendorong kepada perubahan
kepimpinan,” kata majalah digital itu dalam edisi mingguannya yang
terkini.
“Anwar, ditendang keluar dari Umno oleh Dr Mahathir pada 1998, dilihat
sebagai lawan yang sering mencerca oleh golongan elit Umno, dan
penganalisa berkata tindakan Najib untuk membuka ruang berbincang dengan
ketua pembangkang itu pastinya dilihat sebagai pengkhianatan kepada
parti,” tambahnya dalam laporan bertajuk `Malaysia’s political tensions
set to escalate’.
Majalah itu berkata, perkembangan terbaru itu boleh memberi kesan
terhadap pertempuran kepimpinan apabila Umno mengadakan pemilihan
partinya pertengahan Oktober depan.
Pembantu rapat perdana menteri mengakui bahawa tempoh tiga bulan akan
datang akan menjadi sangat penting, kata majalah itu.“Jika beliau
berjaya dalam pemilihan Umno, maka beliau akan dapat lihat mandat yang
diberikan,” kata seorang penasihat Najib, yang turut menyatakan kumpulan
menentang perdana menteri itu semakin membesar setiap hari.
Majalah itu menyatakan Malaysia terperangkap dalam keadaan politik yang
menakutkan sejak 2008, apabila Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno
hilang pegangan majoriti dua pertiganya di Parlimen.
Umno meletakkan kesalahan kepada kelemahan pentadbiran perdana menteri
ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badwi dan memaksanya melepaskan jawatan
kepada Najib pada April 2009.
Masalah Najib ialah beliaumendapat sokongan lebih teruk dari pengundi
berbanding Abdullah, kata The Edge Review.Barisan pimpinan Najib bukan
saja gagal memperbaiki bilangan barisan mereka di Parlimen, tetapi ia
juga kalah dalam undi popular, hanya memperolehi 47 peratus berbanding
51 peratus undi popular milik pembangkang.
Ia menjadi jumlah paling teruk diperolehi BN sejak kemerdekaan pada
1957, kata majalah itu.“Masalah utama PM ialah kegagalan keputusan
pilihan raya umum lalu belum dapat dipulihkan. Beliau datang sebagai
pemimpin yang lemah, bukan saja kepada parti tetapi keseluruhan negara,”
kata ahli perniagaan Malaysia yang terkenal, dan mempunyai hubungan
baik dengan Najib sekeluarga, kepada majalah itu.
The Edge Review berkata, Najib mengekalkan cara rendah diri sejak
pilihan raya umum, jarang muncul di kalangan awam dan mengambil
pendekatan berdiam diri dalam beberapa cabaran yang melanda negara
seperti kemerosotan ekonomi, peningkatan kadar jenayah dan polarisasi
perkauman.
Beliau belum lagi menambah ketegangan agama yang kini semakin membesar,
terutama di kalangan kumpulan Islam berhaluan kanan yang menunjukkan
hanya sedikit toleransi dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama
dan etnik, kata majalah itu.
Kerajaan Najib juga gagal mengemukakan cadangan lebih jelas bagaimana
mengendalikan situasi keselamatan negara yang semakin membimbangkan,
apabila jumlah kejadian tembak dan pembunuhan meningkat secara mendadak
dalam beberapa bulan terakhir ini, tambahnya.
Majalah itu berkata, satu lagi cabaran besar ialah masalah ekonomi
negara, hutang sektor awam yang meningkat, yang menyebabkan awal bulan
ini Fitch Ratings merendahkan pengadaran kredit negara dari kepada
`negatif’ daripada `stabil’.
“Teguran Fitch itu menyebabkan mata wang tempatan rendah berbanding
dolar Amerika Syarikat, dan jika Najib tidak mengambil tindakan tepat
untuk menangani kewangan awam negara dalam bajet akan datang, ahli
ekonomi berkata, Malaysia mungkin terpaksa mendapatkan dana asing.
“Melihat kepada keadaan kepimpinan itu, paralisis polisi dan tekanan
sosial mendalam, prospek terhadap pembentukan kerajaan perpaduan untuk
Malaysia kelihatan lebih menarik, kata beberapa ahli ekonomi,” tulis
majalah itu.Majalah itu berkata, mereka sudah menyiarkan berita mengenai
kemungkinan perjanjian damai antara Najib dan Anwar pada April, tetapi
ia tidak diendahkan oleh media arus perdana negara ini.
“Ahli politik Umno dan pegawai khas Anwar berkata, perbincangan itu yang
diuruskan bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendapat momentum
baru beberapa bulan kebelakangan ini, dengan kedua-dua pemimpin politik
Malaysia itu masing-masing melantik wakil untuk menyenaraikan butiran
terperinci yang mungkin boleh membentuk proses perdamaian,” katanya.
The Edge Review melaporkan ahli politik berkata, wakil Najib iaitu Zahid
yang juga Menteri Dalam Negeri sudah beberapa kali mengadakan
perbincangan tertutup dengan Saifuddin.
“Mesyuarat terakhir antara kedua-dua wakil itu ialah pada pertengahan
Julai, selepas Jusuf Kalla mengadakan perbincangan berasingan dengan
Najib dan Anwar, kata sumber terdekat dengan perbincangan itu.“Dalam
sesi itu, Zahid menyampaikan permintaan Najib supaya Anwar secara umum
memaklumkan bahawa beliau terbuka untuk perbincangan perdamaian dengan
parti pemerintah,” kata laporan The Edge Review.
Permintaan Najib yang lain ialah Anwar secara umum mengiktiraf
keputusan pilihan raya umum pada Mei lalu, beritahu seorang ahli politik
yang rapat dengan perbincangan antara Zahid dan Saifuddin kepada
majalah itu.Anwar akhirnya bersuara mengenai perbincangan itu minggu
ini, apabila beliau dipetik menerusi portal berita Asia Sentinel bahawa
Najib ada memintanya untuk melihat kemungkinan pembentukan kerajaan
perpaduan.
Asia Sentinel memetik Anwar sebagai berkata, beliau memberitahu Najib
bahawa kerajaan perlu menghentikan serangan perkauman oleh kumpulan yang
dikawal Umno terhadap masyarakat Cina dan India sebelum sebarang
perkembangan mengenai kerajaan perpaduan dapat dilakukan.“Saya kata isu
asas perlu diselesaikan, akhiri perkara perkauman.
Perlu ada komitmen yang jelas untuk reformasi dan perubahan,” Anwar
berkata kepada Asia Sentinel, dan menambah beliau belum menerima maklum
balas daripada Najib.
Beberapa rakan lama Najib memberitahu The Edge Review mereka tahu
mengenai perbincangan itu, tetapi mereka tidak percaya ia membabitkan
terlalu banyak perkara.“Ia tidak akan berlaku kerana Umno tidak akan
membenarkanya,” kata seorang pegawai bank kanan yang sering memberi
nasihat mengenai ekonomi utama negara.
Tetapi, majalah itu berkata, masih kurang jelas bagaimana reaksi
golongan eliti Umno terhadap urusan rahsia Najib dengan Anwar dan
petanda pertama akan hanya muncul dalam mesyuarat bahagian parti yang
akan bermula Oktober depan.
Majalah itu memetik Pengarah Merdeka Center, firma kajian pendapat di
Malaysia, Ibrahim Suffian yang berkata, pembuka kata Najib terhadap
perbincangan terbuka dengan Anwar boleh memberi dua kesan berbeza dalam
satu masa.
“Ini mungkin cara beliau menyampaikan pesanan bahawa beliau bersedia
untuk membuka sisi baru untuk mengurangkan kehilangan sokongan dalam
Umno,” katanya kepada The Edge Review. “Tetapi, ia juga risiko amat
besar, kerana ia dengan mudah merangsang pembangkang terhadapnya.” ~the
malaysian insider
0 orang berkata:
Post a Comment