Hishammuddin selar Guan Eng
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan Pulau Pinang menghalang penayangan filem
Tanda Putera di pawagam-pawagam negeri itu membuktikan sikap hipokrit
DAP yang kononnya memperjuangkan kebebasan media dan kebebasan bersuara,
kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, pihaknya tidak terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Mereka (DAP) sememangnya hanya perjuangkan sesuatu perkara apabila ia berkaitan dengan kepentingan mereka.
“Namun apabila ia sedikit sebanyak menyentuh sikap mereka, maka inilah
tindakan yang diambil. DAP yang melihat penayangan filem itu dari sudut
perkauman,” katanya.
Menurut Hishammuddin, sikap selektif yang ditunjukkan kerajaan pimpinan
DAP itu bermotifkan politik dan cuba menutupi sejarah sebenar negara.
“Persoalannya adakah (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, Guan Eng serta
pemimpin-pemimpin DAP lain sudah menonton filem tersebut sebelum membuat
keputusan itu?
“Kenapakah sebelum ini ada filem yang dilihat menghina orang Melayu tidak dipertikaikan oleh kerajaan Pulau Pinang," katanya.
Hishammuddin juga menyeru semua pihak bangun mengecam tindakan kerajaan
Pulau Pinang kerana telah membangkitkan kemarahan rakyat khususnya
orang Melayu.
0 orang berkata:
Post a Comment