Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA ORANG SEKULAR BERCAKAP TENTANG FAHAMAN ISLAM

Shahrir Samad: 'Sekularisme totok', ancaman buat PAS

pada 28-08-2013 08:08 Ditulis Oleh Qurnisha Hamka



Post Pic
 
JOHOR BAHRU: PAS tidak harus bersekongkol dengan DAP dan PKR dan berhenti berselindung  di sebalik  perjanjian Hudaibiyah di zaman Nabi Muhammad kerana kedua-dua parti itu jelas mengamalkan "sekularisme totok" yang mendokong pluralisme dan liberalisme yang bertentangan dengan Islam, kata Tan Sri Shahrir Samad.
 
Menurut bekas Menteri itu, imej PAS sebagai parti yang berlandaskan Islam semakin tercemar kerana pembabitannya dalam Pakatan Rakyat yang menolak perkara-perkara pokok yang diperjuangkan oleh parti itu. 
 
Malah menurut Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu, akar umbi PAS sendiri sudah mula menolak tindakan pemimpinnya  menggunakan perjanjian Hudaibiyah sebagai perisai untuk menghalalkan permuafakatannya dengan DAP dan PKR.  
 
Perjanjian Hudaibiyah
 
Perjanjian Hudaibiyah adalah persefahaman yang dicapai Rasulullah S.A.W dengan bukan muslim bagi menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang demi membangun Madinah. Ia juga dikenali dengan Piagam Madinah, kontrak sosial masyarakat berkenaan.
 
"Tetapi tentunya dari segi polemik,  dari segi nak meyakinkan ahlinya,  ada ahli-ahli PAS yang tak yakin dengan penghujahan itu sebab itu... dan tentunya kuranglah sokongan masyarakat Melayu kepada PAS kerana mereka melihat sebenarnya dalam hujah PAS mengatakan Umno itu sekular sebenarnya mereka yakni PAS itu lebih sanggup bekerja dengan kumpulan yang lebih sekular dari Umno.
 
"(Malah) lebih sekular totok sehingga kepada fahaman setiap agama itu sama, pluralisme, liberalisme membawa kepada satu yang saya percaya ia menjadi sebab, di mana saya lihat di kawasan-kawasan pengundi Melayu yang ramai di kawasan-kawasan rizab orang Melayu Umno-BN mendapat sampai 85 peratus," jelasnya kepada Antarapos dalam satu wawancara khas baru-baru ini. 
 
Beliau menambah, akibat daripada fenomena ini, PAS berdepan dengan masalah kurangnya sokongan pengundi  yang bijak menilai perbezaan dalam kepimpinan yang ditawarkan oleh BN berbanding PR pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. 
 
"Maknanya mereka pun tahu bahawa PRU13 itu yang hendak dipertarungkan ialah tawaran daripada pakatan pembangkang kepada satu negara yang sekular totok yang tentunya bercanggah dengan keadaan sedia ada di mana negara kita dibahagikan kepada sistem beraja dan juga agama Islam dengan raja sebagai pemimpinnya. Ini ada kombinasi hibrid di antara sekular dengan Islam dengan satu yang memang totok-totok sekular," katanya lagi. 
 
Dasar perjuangan PAS tidak menepati imej PAS
 
Shahrir turut menegaskan dasar-dasar  yang dibawa PKR dan juga DAP tidak menepati imej PAS yang mendokong Islam sebagai landasan perjuangan. 
 
"Sosialisme itu umpamanya yang dibawa DAP memang total sekularisme, dan juga apa yang dibawa oleh PKR dan sanggup diterima mereka juga membawa kepada sekular, tetapi kalau pemimpin PAS kerana politik kerana nak pergi ke Putrajaya sanggup mengorbankan nilai politik mereka ini tak akan membawa sokongan kepada mereka. 
 
"Ini sebenarnya membawa kepada kurangnya sokongan terhadap PAS dan itu kita lihat dalam PRU13 yang lalu," kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu. 
 
PAS akan mengadakan muktamar nasionalnya November ini di mana penyertaan parti itu dalam Pakatan Rakyat dijangka dikupas oleh perwakilan setelah PAS hanya memenangi 21 kerusi Parlimen dan gagal mengekalkan Kedah pada pilihan raya umum lalu. 
 
Bagaimanapun rakan sekutunya DAP menang 37 kerusi parlimen dan PKR 31, sekaligus menjadikan PAS parti paling besar dalam Pakatan, dibeban dengan jumlah kerusi Parlimen paling kecil dalam gagasan pembangkang itu. 
 
Antara isu-isu yang terus menjadi duri dalam daging di dalam hubungan PAS dan DAP adalah pelaksanaan undang-undang Hudud dan penggunaan kalimah Allah oleh  penganut bukan Islam.
 
Perbezaan dasar yang ketara itu, sering mencetuskan perang mulut antara pemimpin dua parti itu dan mengundang kritikan bahawa Pakatan Rakyat dibarisi oleh parti yang tidur sebantal namun mempunyai mimpi lain-lain.  

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.