2 anggota didakwa terbabit kes samun
PETALING JAYA - Polis akan menjalankan siasatan lebih terperinci
berhubung dakwaan mengenai dua orang anggota yang dipercayai terbabit
kejadian ragut membabitkan seorang wanita warga asing, 3 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, menerusi kawad cam sebelum ini, B Saravanan, 27, mengenal pasti dua anggota dipercayai cuba meragut rantai emas wanita berkenaan.
Bagaimanapun, menurutnya, terdapat sedikit masalah teknikal berlaku ketika proses kawad cam dan tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.
"Proses kawad cam dijalankan empat hari selepas kejadian dan kita kini sedang berusaha bagi mendapatkan beberapa bukti lain berhubung kes ini.
“Buat masa ini, kita masih meneruskan siasatan, malah dua anggota berkenaan masih menjalankan tugas seperti biasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.
3 Julai lalu, Saravanan membuat laporan polis selepas melihat dua individu cuba meragut rantai emas seorang wanita warga asing.
Saravanan kemudian merempuh suspek sebelum berlaku sedikit pergelutan. Malah suspek sempat meragut rantai emas miliknya sebelum melarikan diri.
Dalam pada itu, Arjunaidi berkata, siasatan mendapati motosikal Yamaha LC diguna suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu milik persendirian dan bukan berdaftar bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, mangsa kes tidak membuat sebarang laporan hingga hari ini (semalam) bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

“Kita pandang serius perkara ini sekiranya benar ada pembabitan anggota polis dan kes diklasifikasikan sebagai samun.
"Kita sudah ada beberapa maklumat dan akan dapatkan keterangan lain bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan ," katanya.
Difahamkan, dua suspek terbabit bukan anggota polis IPD berkenaan dan bertugas di luar Lembah Klang.
0 orang berkata:
Post a Comment