29 Ogos, 2013
Kenyataan Presiden MIC Yang Memeranjatkan Pemimpin Umno
Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel (gambar) berkata, idea untuk
bergabung parti tidak seharusnya hanya ditujukan kepada parti India
tetapi terhadap juga kepada semua parti Melayu dalam negara.
Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar itu berkata, parti Melayu seperti
Umno, PAS dan PKR adalah antara parti yang perlu bergabung terlebih
dahulu.
“Jadi jika mereka membuat cadangan, mereka (Melayu) perlu bergabung
juga, baru negara menjadi lebih kuat,” katanya ketika diminta mengulas
mengenai cadangan parti India dan Cina dalam Barisan Nasional (BN) untuk
bergabung di Hotel Istana, Kuala Lumpur hari ini.
“Sesetengah (parti India) berminat untuk bergabung dengan MIC dan sesetengahnya tidak mahu.”
Cadangan menggabungkan parti komponen kaum India diilhamkan Setiausaha
Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menjaga
kepentingan kaum India.
Beliau menjelaskan tiada guna persaingan antara parti tetapi meminggirkan kepentingan kaum India.
Katanya, penggabungan itu penting kerana sokongan India menyumbang 48 peratus sokongan kepada BN pada pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebelum ini menggesa
parti komponen Cina di bawah gabungan pemerintah itu bergabung menjadi
sebuah parti tunggal.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata cadangan untuk menggabungkan parti
komponen India di bawah BN sebelum ini perlu diperluaskan kepada parti
komponen Cina supaya BN mampu memberi dimensi baru kepada rakyat. ~the malaysian insider
Pemimpin Umno cakap tak serupa bikin..
0 orang berkata:
Post a Comment