29 Ogos 2013
'Pil Ajaib' Dipromosi Di Sekolah
PETALING JAYA: Sekolah-sekolah di beberapa negeri telah 'dipromosikan' dengan pil yang kononnya boleh membuatkan pelajar lebih bijak.
Promoter pil tersebut turut mendakwa pil tablet pintar yang dinamakan
Dimensi 108 yang dipasarkan sebagai makanan tambahan boleh mengubah
tingkah laku kanak-kanak untuk menjadikan mereka lebih taat dan rajin
serta tahan penyakit.
Ibu bapa yang prihatin dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur menghubungi The Starapabila
pil tablet itu diedarkan kepada murid-murid darjah 6 awal minggu ini
dengan berkata anak-anak mereka dipaksa untuk membeli pil tersebut.
Salah seorang ibu bapa murid di sekolah itu berkata, dia telah meminta
anak perempuannya supaya memulangkan pil tersebut kepada guru kelasnya
dan enggan membayar pil berkenaan.
"Apabila anak perempuan saya dan beberapa rakan-rakannya memulangkan pil
tersebut, guru tersebut memberitahu mereka untuk tidak menyalahkannya
jika mereka tidak pandai dalam UPSR (yang akan bermula 9 Septemer).
"Bolehkah anda mempercayainya? Guru itu sepatutnya menggalakkan
murid-murid supaya berusaha keras untuk peperiksaan mereka dan tidak
bergantung kepada pil-pil tertentu," katanya kepada The Star.
Seorang lagi pengadu yang adiknya belajar di sekolah tersebut telah membuat aduan bertulis kepada Kementerian Kesihatan.
"Seorang pegawai kementerian memberitahu saya bahawa mereka akan
meneliti perkara itu dan saya telah menghantar gambar bungkusan pil yang
tertera logo kementerian tertera di atasnya.
"Saya berharap mereka akan meneliti perkara ini dengan segera kerana
kami perlu tahu sama ada produk itu sah atau tidak," katanya.
Guru besar sekolah tersebut berkata ibu bapa telah salah faham mengenai
pil berkenaan dan ia tidak diwajibkan kepada murid-murid untuk dibeli.
"Kami tidak akan mempromosikan benda tidak baik kepada murid-murid...ia
seperti makanan tambahan herba untuk membantu mereka fokus dan membina
tenaga untuk peperiksaan yang akan datang.
"Ia mengandungi bahan-bahan seperti spirulina dan kurma merah yang baik
untuk kesihatan. Saya sendiri memberikannya kepada anak-anak saya
menjelang peperiksaan.
"Produk itu turut disokong oleh Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia
(GMGBM), bermaksud ia telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Kesihatan," katanya.
Guru besar itu mendakwa pil tersebut dibekalkan ke sekolah terbabit oleh GMGBM.
"Salah seorang ibu bapa berkongsi keprihatinannya dengan saya secara
peribadi dan apabila saya menjelaskan situsai tersebut, dia menyokong
tindakan itu," katanya.
Beberapa ibu bapa masih ragu-ragu.
"Hanya RM5 untuk mengubah tingkah laku? Ini adalah cara paling murah
untuk mendapatkan produk terbaik sejak penemuan DNA," seloroh salah
seorang ibu bapa di laman Facebook.
"Berbelanja beberapa ratus, masalah tingkah laku diselesaikan...di mana
saya boleh membuat tempahan yang banyak? Atau bagaimana cara untuk
menjadi ejen," kata seorang lagi ibu bapa.
mstar.com.my
0 orang berkata:
Post a Comment