Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PINDA PERLEMBAGAAN UNTUK HALANG ISLAM


Rabu, 28 Ogos 2013

Pro legitimasi seru boikot Jk 50 anggota

MESIR: Perikatan Kebangsaan bagi mempertahan legitimasi menyeru semua pihak memboikot jawatankuasa 50 anggota yang ditugaskan untuk meluluskan pindaan perlembagaan Mesir 2012, yang digantung bulan lalu.

"Orang Mesir yang berjiwa mulia tidak akan mengambil bahagian dalam jawatankuasa itu," kata perikatan itu dalam satu kenyataan semalam.

Jawatankuasa 50 anggota adalah jawatankuasa yang mahu dibentuk oleh kerajaan sementara untuk membincangkan pindaan perlembagaan yang dibentuk zaman Presiden Muhammad Morsi.

Ianya perlu dianggotai tokoh masyarakat, ahli politik, ahli kesatuan, dan tokoh-tokoh agama.

Pembentukan jawatankuasa ini hadir selepas, Presiden Intrim Adly Mansour sebelum ini menubuhkan jawatankuasa 10 anggota - enam hakim dan empat profesor undang-undang perlembagaan - yang akan mencadangkan pindaan perlembagaan dalam masa 30 hari.

Jawatankuasa 50 anggota dijangka membincangkan cadangan pindaan selama dua bulan sebelum membentangkan draf perlembagaan untuk diadakan referendum.

Dalam pada itu, penyokong legitimasi menentang pindaan perlembagaan tersebut dengan menyifatkannya sebagai untuk "membuka kembali pintu kepada bekas rejim Hosni Mubarak, yang digulingkan oleh rakyat."

"Pindaan ini hanya akan menetapkan kembali kepada jenis pemerintahan presiden diktator yang memerintah kita selama beberapa dekad lama," kata mereka.

"Satu pindaan meletakkan tentera di atas perlembagaan dengan memberi hak mutlak untuk melantik menteri pertahanan ... yang bercanggah dengan prinsip sivil," tegasnya.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Parti Nour Salafi mengumumkan keputusannya untuk menyertai jawatankuasa 50 anggota, menukar pendirian awal untuk menolak panel itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.