HOT!!! PDRM Siarkan Logo Dan Tatu Geng Kongsi Gelap Yang Ada Di Malaysia.. Jom Terjah!!!
4:28 PM
No comments
Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang
telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini di Ibu
Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.
Ketua Penolong Pengarah
D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman SAC Dato’ Abd
Jalil Hassan dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya
pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan
mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi
gelap ini.
Beliau turut menekankan
pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan
keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang
diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.
Kumpulan-kumpulan ini
telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan
1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang
anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu
mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam
jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai
anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung
dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu
ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh
tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.
0 orang berkata:
Post a Comment