Empat jam tahan sakit
- Dinding zink pasaraya yang dipotong suspek dipercayai sebagai laluan masuk ke dalam bangunan.
KUALA BERANG - “Pakcik hanya ingat mati apabila tiga lelaki bertopeng
bukan sahaja menerpa secara tiba-tiba, tetapi turut mencekik serta
meletak pisau di leher. Lebih empat jam pula pakcik menahan sakit kerana
kedua tangan dan kaki diikat,” cerita Kasim @ Mat Amin Mat Zin, 65.
Menceritakan detik cemas dihadapi setelah pasaraya tempatnya bertugas disamun dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi semalam, Kasim yang merupakan pengawal keselamatan di situ berkata, hanya ALLAH SWT tahu perasaannya ketika itu.
Menurut Kasim, sebelum kejadian dia berada di meja pengawal terletak di belakang bangunan, manakala rakannya, Mat Ali Yunus, 63, sedang mengadakan rondaan di sekitar kawasan pasaraya tersebut setelah mereka memulakan tugas jam 8.15 malam.
“Pakcik tidak sempat berbuat apa-apa walaupun cuba melawan. Ketika berlaku pergelutan beberapa seketika, salah seorang daripada mereka memukul pakcik menggunakan pisau di bahagian muka. Jari pakcik juga cedera akibat kejadian ini.
“Kemudiannya, kedua-dua tangan pakcik diikat dengan ‘binding tape’ ke bahagian belakang dalam keadaan meniarap. Tidak cukup dengan itu, kaki pakcik diikat tergantung menggunakan seluar. Muka juga turut diikat dengan kain tudung.
“Ketika itu, pakcik tidak berusaha lepaskan diri sebab penjenayah berdiri berhampiran. Pakcik bimbang mereka bertindak luar jangkaan jika berbuat demikian. Mahu atau tidak, pakcik hanya mampu menahan segalanya.
“Hanya selepas betul-betul yakin mereka berlalu setelah tiada lagi bunyi bising dari dalam bangunan, barulah pakcik cuba lepaskan diri. Pakcik terus membantu rakan setugas yang kedua tangan serta kakinya turut diikat tidak jauh dari lokasi pakcik berada,” katanya.
Tambah Kasim yang berasal dari Kampung Tanjung Putat, akibat kejadian itu dia luka pada tapak tangan, dan jari telunjuk kanan serta bibir sebelah kiri akibat terkena pisau, manakala rakan setugasnya lebam di badan.
“Pakcik segera hubungi penyelia keselamatan sebelum ke Hospital Hulu Terengganu untuk dapatkan rawatan. Kawan sekerja pakcik, dimasukkan ke wad. Sepatutnya, kami akan habis tugas jam 5 pagi tadi (semalam) tetapi tidak sangka kejadian sebegini pula terjadi.
“Selama sembilan tahun mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan, ini kejadian pertama seumpama ini berlaku ke atas pakcik. Semua ini tidak lemahkan semangat pakcik dan sebahagian asam garam pekerjaan. Syukurlah, pakcik dan rakan setugas selamat,” ujarnya.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian.

0 orang berkata:
Post a Comment