Sungai Petani catat IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR - Sungai Petani di Kedah mencatat bacaan Indeks Pencemaran
Udara (IPU) tidak sihat iaitu 104 sehingga 2 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), 16 lagi stesen di seluruh negara berada pada tahap baik dan 34 sederhana.
Kualiti udara di sekitar Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Bukit Rambai, Melaka menghampiri status tidak sihat dengan bacaan IPU masing-masing 97 dan 94 diikuti Langkawi, Kedah dengan 93.
"Kemerosotan kualiti udara di beberapa kawasan di utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia sehingga 2 petang adalah dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan," katanya.
Kualiti baik pula, antaranya, dicatat di Keningau, Sabah (21); Bintulu, Sarawak (29); Miri, Sarawak (35); Sibu, Sarawak (39); Kuching, Sarawak (42); Larkin, Johor (44) dan Kota Tinggi, Johor (48).
Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).
Kenyataan itu juga menyebut terdapat 308 titik panas dikesan di Sumatera dan enam di Malaysia, iaitu empat di Sarawak dan dua di Pahang.
Orang ramai diminta melaporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi talian 999 atau JAS 1-800-88-2727. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment