PBB beri amaran kepada AS
GENEVA - SWITZERLAND - Wakil Khas Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi, semalam memberi amaran
kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa sebarang tindakan ketenteraan ke
atas Syria perlu mendapat kelulusan Majlis Keselamatan PBB.
"Di bawah undang-undang antarabangsa, sebarang tindakan ketenteraan
mesti dibuat hanya selepas diputuskan Majlis Keselamatan. Saya harap AS
memahami dengan jelas berhubung perkara ini," katanya ketika sidang
media di Geneva.
Kenyataan tegas itu dikeluarkan selepas AS dan sekutunya, kelmarin mempertimbangkan untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan gas beracun yang meragut ratusan nyawa di negara terbabit.
Sementara itu, Rusia dan China turut meningkatkan amaran mereka serta mengecam sebarang campur tangan ketenteraan Barat di Syria yang didakwa akan mengakibatkan 'bencana' lebih buruk di rantau tersebut.
Jurucakap Kementerian Luar di Moscow, Alexander Lukashevich menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak tersilap langkah dan mematuhi undang-undang antarabangsa dalam menangani krisis di Syria.
"Usaha untuk melangkaui Majlis Keselamatan sebenarnya adalah satu lagi alasan remeh untuk campur tangan tentera di negara bergolak itu dan ia sebenarnya akan memberi kesan lebih buruk di Timur Tengah," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, kumpulan pemeriksa PBB dilaporkan menjalankan pemeriksaan di lokasi kedua di pinggir Damsyik yang disyaki menjadi sasaran serangan senjata kimia pada minggu lalu.
Difahamkan, kumpulan tersebut yang tiba di kawasan Ghouta Timur turut mendapat perlindungan Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Minggu lalu, Badan Amal Perubatan Medicins Sans Frontieres mendedahkan 3,600 pesakit yang dirawat di tiga hospital di Damsyik menunjukkan simptom keracunan gas agen saraf.
Menurut laporan dipetik Reuters, sehingga kini, kerajaan dan FSA saling menuding jari dan menuduh antara satu sama lain sebagai dalang bertanggungjawab melancarkan serangan senjata kimia tersebut.
Laporan PBB mendedahkan kira-kira 100,000 terbunuh manakala 1.7 menjadi pelarian akibat konflik berterusan di negara itu sejak lebih dua tahun lalu.

0 orang berkata:
Post a Comment