Kes Altantuya: Pendakwaan fail notis rayuan
PUTRAJAYA - Pendakwaan telah memfailkan notis rayuan berhubung
pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada pertuduhan
membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lepas.
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah
mengesahkan pendakwaan memfailkan notis itu di pejabat pendaftar
Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas.
Notis itu difail pada hari yang sama mahkamah memutuskan rayuan kedua-dua tertuduh, katanya kepada Bernama.
Tun Abdul Majid juga berkata pendakwaan akan memfailkan petisyen rayuan
dalam tempoh 10 hari selepas menerima rekod rayuan kes itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed
Apandi Ali sebulat suara membebaskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar
daripada pertuduhan membunuh Altantuya selepas membenarkan rayuan
mereka.
Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, mengemukakan rayuan berhubung sabitan
serta hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka bagi kesalahan
membunuh Altantuya, 28.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Mukim Bukit Raja di Shah Alam
antara 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi pada 20 Oktober 2006.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa
bersubahat dengan mereka, dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas
Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie
terhadapnya.
Pendakwaan tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. Dalam penghakiman setebal 47 muka surat, Mahkamah Rayuan memutuskan
keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi
bagi mengekalkan sabitan terhadap kedua-dua tertuduh.
Penghakiman itu juga menyebut oleh kerana pendakwaan gagal membuktikan
kesalahan Azilah dan Sirul Azhar pada tahap yang memuaskan, mahkamah
terpaksa memberi faedah kesangsian kepada mereka. - Bernama
1 orang berkata:
ralph lauren outlet
ugg boots
ugg boots
michael kors outlet
michael kors handbags sale
minnesota vikings jerseys
coach outlet
michael kors handbags wholesale
ralph lauren
nike blazer pas cher
Post a Comment