Sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka luar biasa
31/08/2013 2:34pm
KUALA LUMPUR - Sambutan ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara di
Dataran Merdeka hari ini luar biasa kerana ia menyentuh perasaan orang
ramai terhadap kepentingan mempertahan keselamatan dan kedaulatan
negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek.
Katanya, sambutan tahun ini memberi penghargaan dan sanjungan kepada
pasukan keselamatan negara yang berkorban untuk memastikan keamanan dan
kemakmuran negara dijaga berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu
Mac lepas.
Anggota keluarga dan waris perajurit yang terkorban dalam Operasi
Daulat juga diberi penghormatan khas untuk berada di pentas utama dan
semasa pasukan elit 69 komando membuat persembahan.
"Ini lain daripada yang biasa kita adakan kerana ia menyentuh perasaan kita
bahawa keselamatan itu bukan datang bergolek.
"Ia perlu dipertahankan dan diperjuangkan, dan rakyat mesti menghargai
keselamatan ini," katanya kepada wartawan selepas acara perarakan di sini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2dWlbsBWP
Hakcipta terpelihara
0 orang berkata:
Post a Comment