Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISU DAH SEJUK PANAS BALIK

MCA mahu polis campur tangan kes SK Seri Pristana

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
August 28, 2013
Guru Besar SK Sri Pristana, Mohd Nasir Mohd Noor.Guru Besar SK Sri Pristana, Mohd Nasir Mohd Noor.MCA menggesa polis campur tangan dan menyiasat sebarang bentuk salah laku penyiasatan polis Sungai Buloh berhubung murid SK Seri Pristana dipanggil bagi memberi keterangan.

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Heng Seai Kie, berkata terdapat laporan mendakwa anggota polis mengadakan soal siasat terhadap murid bukan Islam SK Seri Pristana tanpa kebenaran penjaga dan keadaan itu mengundang rasa kurang senang.

Beliau berkata, perbuatan anggota polis itu memberi impak negatif selepas ibu bapa 10 murid bukan Islam sekolah itu turut mahu anak mereka bertukar ke sekolah lain.

“Pentadbiran sekolah tidak wajar menyalahgunakan kuasa dengan menganiaya murid sedemikian rupa berikutan kes makan di bilik mandi itu tersebar luas di Facebook,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi MIC, Vell Paari Samy Vellu meminta bantuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk membawa isu SK Sri Pristina  ke Parlimen.

Vell Paari berkata, tindakan berkenaan perlu diambil kerana pengetua sekolah berkenaan menjalankan siasatan terhadap pelajar tanpa mendapatkan kebenaran ibu bapa.

"Sekiranya laporan dibuat berdasarkan pelakuan jenayah oleh guru besar, biarkan polis menjalankan prosedur. Soalan saya apa yang berlaku terhadap laporan ibu bapa terhadap pengetua sekolah,” katanya dalam kenyataannya merujuk kepada guru besar SK Sri Pristana, Mohd Nasir Mohd Noor.

"Saya menghubungi pegawai kepada Paul Low dan meminta beliau membawanya ke Kabinet kerana beliau bertanggungjawab terhadap rungutan orang awam," katanya.

Vell Paari berkata, beliau dimaklumkan berhubung penahanan penjaga kepada seorang pelajar dan dibebaskan dengan ikat jamin.

"Apa keperluannya untuk melawat ibu bapa pelajar pada tengah malam Sabtu dan memintanya hadir pada Isnin bagi membantu siasatan.

"Ibu bapa itu bukannya pembunuh untuk menyerbu kediamannya," katanya. – 28 Ogos, 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.