Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 27 Ogos 2013

PAS anjur Multaqa Ulama Se-Malaysia 14 Sept

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 14 September bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam mengaktifkan diri kepada masyarakat.

Katanya lagi, multaqa itu penting untuk penyatukan fikrah, kefahaman dan tindakan  para ulama ke arah yang lebih tersusun dan bersistematik.

“Multaqa ini akan memberi suntikan semangat kepada ulama pelapis dalam memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan ulama yang terdahulu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Katanya, konsep Multaqa Ulamak kali ini ialah ucaptama, pembentangan kertas kerja, taujihat pemimpin dan wacana dengan tajuk-tajuk semasa yang pastinya menarik perhatian semua dan kemuncaknya ceramah perdana pada sebelah malam.

Menurutnya, multaqa ini mensasarkan kehadiran semua peringkat dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulamak PAS, ahli-ahli jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, AJK Kerja Ulamak PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan, seluruh ulamak kawasan, ahli Dewan Ulamak PAS, tuan-tuan guru pondok, Mudir-Mudir Sekolah Agama Rakyat serta alumni lepasan Pengajian Islam dalam dan luar negara serta seluruh lapisan masyarakat sebagai pemerhati.

Katanya lagi, Datuk Dr. Haron Din selaku Timbalan Mursyidul Am PAS akan merasmikan pembukaan Multaqa Ulamak dan majlis penutup akan dilakukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menambah, antara yang akan turut memberikan pengisian dalam Multaqa Ulamak kali ini ialah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaaob, Datuk Dr Mahfuz Mohammad dan Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.
Oleh Nurhajar Aswad

Kemerdekaan Malaysia lazimnya disambut setiap 31/Ogos setiap tahun.Benar atau tidak persoalan ini biarlah ahli sejarah membincangkan.jika benar wajar dibetulkan agar generasi akan datang tidak terkeliru dengan fakta-fakta yang kurang tepat.

Kemerdekaan seperti yang kita maklumi ialah kebebasan yang di beri oleh pihak yang menjajah sesebuah wilayah..Disini adakah Malaya atau Malaysia mendapat Kemerdekaan dari Kerajaan British dan inilah persoalannya.

Sejarah "Kemerdekaan" kononnya itu  atau lebih tepat "NAUNGAN" British bermula sejak akhir  abad ke sembilan belas.semenjak itu negeri-negeri Melayu menerima Pentadbiran Baru yang dibawa Kerajaan Btirish.manakala Kerajaan British Bertapak (Menjajah) di negeri-negeri selat pada awal abad ke sembilan belas antara negeri-negeri yang terlibat ialahS'pore,Melaka,Penang.

Berikut tarikh-tarikh negeri-negeri yang menerima "naungan" oleh Kerajaan British

1- Perak telah menerima "naungan" British pada tahun 1874
2-Negeri Sembilan menerima "naungan British pada tahun 1889
3-Selangor  menerima "naungan British pada tahun 1882
4-Pahang  menerima "naungan British pada tahun 1888
5-Johor  menerima "naungan British pada tahun 1885
6-Kedah  menerima "naungan British pada tahun 1909
7-Perlis  menerima "naungan British pada tahun 1909
8-Kelantan  menerima "naungan British pada tahun 1909
9-Trengganu  menerima "naungan British pada tahun 1909


Negeri-negeri selat yang dijajah oleh British ialah 

1-Pulau Pinang dijajah sejak tahun 1786
2-Melaka dijajah sejak tahun 1824
3-Singapore dijajah sejak tahun 1819
Hanya negeri-negeri selat sahaja yang dijajah oleh British iaitu Penang,Melaka,dan Singapore
untuk pengetahuan pembaca Pulau Pinang telah menjadi tanah jajahan British sejak pulau itu diserahkan oleh Sultan Kedah kepada  Kapten Sir Francis Light pada tahun 1786dan pada tahun 1800 Sultan Kedah menyerahkan Province Wellesley kepada Syarikat Hindia Timur

Melaka telah menjadi tanah jajahan British sejak 1824 apabila ia diserahkan oleh Kerajaan Belanda kepada Kerajaan British sebagai pertukaran tanah jajahan di Sumatera.

Singapore pula setelah ianya dikenalpasti (ditemui)untuk keperluan Syarikat Hindia Timur oleh Sir Stanford Raffles pada tahun 1819

Jadi apa yang penulis cuba bangkitkan disini sejak bila kita pernah dijajah oleh British dan mana mungkin kita menyambut Kemerdekaan sekiranya kita tidak pernah dijajah oleh British.Kecualilah Negeri-Negeri Selat yang memang jelas dijajah oleh British..
- See more at: http://wallybandits.blogspot.com/2013/08/kemerdekaan-malaysia-hanyalah-sandiwara.html#sthash.QAd0ehtN.dpuf

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.