Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, August 28, 2013

KUIN jadi kilang buat duit dizaman PAS? Biar betoii.. PAS Kedah tolong jawab sat..


Membaca laporan tentang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam yang dilaporkan oleh Bernama ini membuatkan aku teringat kisah Perang Uhud yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W.. 

Dimana kerana tamak dan tidak patuh kepada arahan Rasulullah S.A.W. kemenangan yang pada awalnya milik tentera Islam bertukar menjadi kekalahan akhirnya..

Dalam perang yang berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah 26 Mac 625 M antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy ini Rasulullah S.A.W. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh.

Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim seramai hanya 700 orang berjaya mengalahkan tentera musyrik Quraisy yang seramai 3,000 orang.

Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Rasulullah S.A.W. supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.

Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.

Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang.

Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Rasulullah S.A.W. telah terbunuh.

Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir. Walau bagaimanapun, Rasulullah S.A.W. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat.

Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Rasulullah S.A.W. untuk membunuh baginda.

Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya.

Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Rasulullah S.A.W. dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.

Selepas pertempuran hebat itu, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula.

Pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka.

Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.

Itu apa yang berlaku dizaman Rasulullah S.A.W. yang sepatutnya kita jadikan iktibar.. sesuai dengan pepatah 'Orang tamak selalu rugi..'.

Ini apa yang telah dilaporkan oleh Bernama...
DUN Kedah dikejutkan dengan kepincangan KUIN  
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dikejutkan dengan pendedahan kepincangan pengurusan dan kewangan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).  
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) yang mendedahkan perkara itu semasa menggulung perbahasan, mengemukakan bukti dengan fakta serta contoh berdasarkan siasatan dan audit dalaman.  
Pendedahan itu mengejutkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Pas-Pengkalan Kundor) yang bangun mencelah dan berkata apa yang didakwa itu di luar pengetahuan barisan Exco ketika Kedah ditadbir pakatan pembangkang.  
Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh Kuin.  
Menurutnya anak-anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan.  
"Kesemua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah," kata Tajul Urus.  
Beliau berkata unit penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja-kerja itu bagaimanapun dibayar oleh Kuin.  
Pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian, tambahnya.  
"Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA. Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin," katanya.  
Tajul Urus berkata kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).  
Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap Kuin. - Bernama

PAS Kedah tolong jawablah ya.... betul atau hanya cerita rekaan laporan itu..

Kalau korang nak tahu.. suatu masa lalu setelah Kerajaan PR Perak berjaya dirampas oleh BN.. ada sahabat yang merupakan Blogger PAS menghubungi aku dan mengucapkan syukur..

Aku terpinga-pinga bila mendengarnya, lalu bertanya "Kenapa syukur?"... Hang bacalah kisah 'Perang Uhud..' hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak setelah negeri itu dikuasai PR katanya..

Entahlah...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.