28 Ogos, 2013
Rupanya Putrajaya Minta 197 Maklumat Sulit Pengguna Dengan Facebook Tetapi Tidak Di Layan
Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi.
Semakan The Malaysian Insider terhadap "Global Government Requests
Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia,
negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna
ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data diberikan),
Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0
peratus).
Bagaimanapun, Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan.
Negara tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan
sejumlah 20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh
Facebook.
Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun.
Menurut peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh.
"Seperti yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan
mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia
adalah mungkin untuk berbuat demikian pada masa sama menjadi telus.
"Ketelusan kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang
saling eksklusif. Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam
masyarakat yang bebas dan terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita
lebih kuat.
"Kami amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus
mengenai usaha mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan
kami akan terus menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih
besar,” katanya.
Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menemui kegagalan. ~the malaysian insider
0 orang berkata:
Post a Comment