18 Ogos 2013
Pas kekal kerusi Parlimen Bachok, DUN Jelawat
KOTA
BHARU: PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bachok dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Jelawat selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menolak
petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN).
Hakim Pilihan Raya, Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu,
berkata ini kerana pihak pempetisyen telah gagal mematuhi beberapa
peraturan yang termaktub dalam Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Ketika membacakan keputusan penghakimannya kira-kira selama sejam itu,
Zamani berkata antara kegagalan itu adalah pihak pempetisyen telah gagal
mematuhi kaedah pelantikan peguam dan kecacatan dalam penyerahan
petisyen kepada responden.
Beliau memutuskan pempetisyen perlu membayar kos RM30,000 kepada
responden pertama dan RM15,000 masing-masing kepada responden kedua dan
responden ketiga dalam kedua-dua petisyen itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, calon BN bagi Parlimen Bachok, Datuk
Dr Awang Adek Hussin tewas kepada calon PAS, Ahmad Marzuk Shaary dengan
majoriti 201 undi manakala bagi kerusi DUN Jelawat, calon BN Datuk Ilias
Husain kalah kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir dengan majoriti 102
undi.
Petisyen bagi Parlimen Bachok difailkan Dr Awang Adek manakala DUN Jelawat oleh Ilias.
BN diwakili barisan peguam yang diketuai Mohd Ilias Mohd Noor manakala PAS oleh peguam Hisham Fauzi.
Responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili barisan peguam yang
diketuai Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad. - BERNAMA
0 orang berkata:
Post a Comment