19 Ogos, 2013
Najib Belasah Utusan Dan Perkasa
Datuk
Seri Najib Razak mempertahankan syarikat penerbangan tambang rendah
AirAsia yang diberi tekanan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan
badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), serta
menegaskan tiada sekatan dikenakan kepada penjawat awam atau rakyat
Malaysia untuk menggunakannya.
Perdana Menteri berkata, AirAsia
juga penyumbang keuntungan kepada negara dan tindakan untuk
memboikotnya bukan sesuatu yang digalakkan.
"Kita tidak
boleh sekat kakitangan awam guna AirAsia. "AirAsia pun syarikat orang
Malaysia dan milik rakyat Malaysia, sebahagian besar di mana keuntungan
AirAsia juga keuntungan kepada negara kita," kata Najib dalam sidang
media di Kementerian Kewangan apabila ditanya mengenai kakitangan awam
yang menggunakan AirAsia tetapi tidak memilih syarikat penerbangan
negara Malaysia Airlines (MAS). ~the malaysian insider
0 orang berkata:
Post a Comment