23 Ogos 2013
Mangsa: Pemandu bas 'marah-marah' sebelum kemalangan
Ketika punca
sebenar kemalangan bas di Genting Higland semalam masih tidak dapat
dipastikan secara rasmi, beberapa versi cerita telah muncul daripada
mangsa yang terselamat.
Seorang daripadanya, Mosammat Sirajum (kanan) mendakwa sejurus sebelum kemalangan berlaku, pemandu bas itu dan seorang pemandu teksi kelihatan marah-marah di antara satu sama lain sewaktu memandu kenderaan masing-masing.
"Dua anak saudara lelaki saya nampak pemandu bas itu dan seorang pemandu teksi seperti saling menunjuk-menunjukkan isyarat marah antara satu sama lain," kata pemastautin tetap Malaysia dari Bangladesh itu.
"Menurut mereka, pemandu teksi itu cuba memotong bas tersebut dan pemandu bas sempat menekan pedal brek," kata Mosammat sewaktu ditemui di Hospital Selayang.
Menurutnya, anak-anak saudara beliau yang masing-masing berumur 22 tahun dan 14 tahun kehilangan ayah mereka yang berusia 54 tahun dalam kemalangan itu walaupun ibu mereka terselamat.
"Ini kali pertama sepupu saya, seorang warganegara Kanada, membawa keluarga mereka ke Malaysia," katanya.
Seorang lagi mangsa, warganegara Indonesia, Andri Purwadi (kiri) yang berusia 23 tahun, memberitahu wartawan yang bas itu dipandu laju.
Andri berkata beliau adalah salah seorang daripada lima penumpang yang membeli tiket berharga RM7 tetapi terpaksa berdiri kerana tempat duduk telah penuh.
Beliau yang sakit gigi menaiki bas jam 2 petang untuk bertemu doktor gigi di bandar sementara rakannya Nur Firdil Gusman, 25 tahun, juga warganegara Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci di Genting Highlands, diwadkan di Hospital Selayang.
Andri yang juga bekerja sebagai tukang cuci berkata pemandu itu tidak mengantuk atau pun mabuk.
Menurutnya beliau berada dalam kesakitan sewaktu bas itu mencecah tanah selepas terjunam dan mereka terpaksa menunggu selama kira-kira sejam sebelum bantuan tiba.
Andri patah kaki dan akan dibedah petang ini.
Malaysiakini/-

0 orang berkata:
Post a Comment