• Adun P.Pinang terima ugutan peluru Adun P.Pinang terima ugutan peluru
1 / 1
GEORGETOWN - Adun Seri Delima, RSN Rayer menerima ugutan bunuh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan satu beg plastik lut sinar  mengandungi lima butir peluru yang diletakkan di halaman rumahnya.

Beliau yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, peluru itu ditemui anak saudaranya berusia 10 tahun kira-kira jam 7.50 pagi tadi di rumahnya di Island Park, di sini.

"Anak saudara saya mengambil bungkusan plastik dan menyangka ia adalah coklat tetapi terkejut melihat peluru.

"Dia kemudian memaklumkan kepada bapa saya mengenainya yang kemudian memberitahu saya," katanya.

Bimbang tentang keselamatan diri dan keluarganya, Rayer membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah enggan memberi komen lagi kerana masih berada dalam mesyuarat.