Kerajaan Pak Lah kaya, tapi rakyat tetap tolak BN, kata Dr M
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi
pada 2008 adalah sebuah kerajaan yang kaya, namun rakyat masih tetap
memilih pembangkang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kerajaan yang melalui Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) adalah kerajaan yang kaya, namun amat menyedihkan rakyat tidak menghargainya.
"Mereka tolak parti kerajaan, memberikan lima negeri dan satu Wilayah
Persekutuan kepada pembangkang, dan majoriti kecil kepada parti," kata
Dr Mahathir yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri
sebelum memilih Pak Lah sebagai pengganti.
Namun beliau kemudiannya berkata kenyataan itu adalah tafsiran penulis dan bukannya dirinya sendiri.
"Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya
bersara lebih awal," kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya, dan
menamakan beberapa projek mega yang telah dilaksanakannya, seperti Lebuh
Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat,
Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas.
"Ya ... saya akui saya berbelanja besar semasa menjadi perdana menteri yang menyiapkan semua projek dengan duit kerajaan.
Abdullah turut menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit.
"Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan jelasnya perlu terus berbelanja. Tapi bagaimana kita nak teruskan apabila defisit kita sangat kritikal? Ia akan menjadi tidak bertanggungjawab jika saya terus berbelanja.
"Jadi kami tiada pilihan untuk mengurangkan defisit dengan menangguhkan beberapa projek mega seperti landasan berkembar dan ia menjadikan Dr Mahathir mengamuk. Saya melihatnya beliau merasakan itu adalah projek angkatnya.
"Boleh bayangkan jika saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir untuk terus berbelanja ketika defisit yang sangat tinggi, bagaimana Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan dan minyak pada 2008?
"Defisit kami berjaya turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5 peratus. Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah bankrup."
Dalam bukunya, yang disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin, Abdullah turut berkata ketika beliau meninggalkan pejabat pada 2009, beliau bertekas untuk tidak jadi seperti Dr Mahathir. Beliau mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.
Abdullah menerima mandat terbesar pada 2004 namun turut membuatkan BN hilang majoriti dua pertiga Parlimen pada 2008.
Beliau bagaimanapun dalam bukunya menerima perkara itu dan tidak memenuhi jangkaan pengundi, namun berkata Dr Mahathir juga tidak boleh melepaskan diri daripada insiden 2008.
"Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. Malah samapi sekarang beliau melakukannya ... Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya." - 22 Ogos, 2013.
0 orang berkata:
Post a Comment