Menteri serius tangani salah guna media sosial
KUALA LUMPUR - Selepas 100 hari mengetuai Kementerian Komunikasi dan
Multimedia (KKMM), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilihat sangat tegas
dalam menangani kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama
membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan di laman sosial.
Beliau yang memandang serius perkara itu berpendirian bahawa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan pantas dan tidak bertolak ansur dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan fitnah kerana kalau tidak dibendung, keharmonian negara boleh tergugat dan keadaan boleh menjadi huru-hara.
Kecekapan kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyalahgunakan laman sosial termasuk melibatkan isu-isu sensitif seperti agama menyebabkan ramai yang tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Antara contohnya ialah kenyataan sensitif mengenai agama Islam di laman sosial melibatkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee dan video kontroversi seorang wanita mengenai sambutan Aidilfitri bersama anjing.
Meskipun rakyat di negara ini bebas menggunakan media sosial namun kawalan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 aktif dikuatkuasakan untuk mengambil tindakan terhadap sebarang penyalahgunaannya.
Ibarat sirih pulang ke gagang, Ahmad Shabery yang mengangkat sumpah jawatan pada 16 Mei lepas, pernah menerajui kementerian sama yang dahulunya dikenali Kementerian Penerangan dari Mac 2008 hingga April 2009, sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Anak kelahiran Kijal, Kemaman, Terengganu berusia 55 tahun itu merupakan bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya selama empat tahun dari 1986.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya serta Ijazah Sarjana Sains Politik dari University of Leeds, United Kingdom selain diploma lanjutan dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Uppsala, Sweden yang diterimanya pada 1989.
Walaupun dikenali sebagai seorang "ICT-savvy and futuristic-minded man", anggota Parlimen Kemaman sejak pilihan raya umum 2004 itu, menjalani kehidupan seharian yang sangat sederhana.
Buktinya, beliau masih mendiami pangsapuri yang sama di Desa Pandan, di sini sejak mula menjadi wakil rakyat sehingga sekarang.
Selain Internet, Ahmad Shabery juga menitikberatkan tentang kandungan filem yang ditayangkan di negara ini dan tidak mahu ada filem yang boleh memudarat atau mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Oleh itu, beliau mengarahkan supaya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal ditayang bulan ini.
Treler filem arahan Ong Kew-Lit itu mencetus kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi kerana mengangkat perjuangan komunis sebagai hero bagi membebaskan Tanah Melayu.
Dalam usaha meningkatkan taraf bidang komunikasi negara, Ahmad Shabery menerusi KKMM cuba 'mengintai' peluang dalam industri pengkomputeran awan berikutan Malaysia dilihat masih mempunyai ruang yang besar untuk penyimpanan server data.
Kelebihan infrastruktur, sokongan sedia ada dan tahap bencana alam yang rendah membolehkan negara mengorak langkah lebih jauh untuk bergerak seiring dengan negara maju lain dalam bidang komunikasi.
Berganding kepakaran dalam bidang itu, 'AwanHeitech' seliaan HeiTech Padu Berhad diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan pengendalian data dapat diurus dengan lebih sempurna.
Langkah itu selaras dengan visi dan misi Ahmad Shabery untuk menjadikan bidang komunikasi negara setanding negara luar dan usaha tersebut dilihat lebih meyakinkan syarikat asing terhadap kemampuan Malaysia dalam industri itu, seterusnya mengubah landskap industri komunikasi tempatan.
Selain memartabatkan industri komunikasi negara, KKMM juga bertindak sebagai penyalur maklumat yang tepat kepada rakyat mengenai sebarang perbincangan dan keputusan kerajaan.
Waktu siaran langsung persidangan Dewan Rakyat telah dilanjutkan menjadi satu jam setengah berbanding 30 minit sebelum ini dan siaran langsung melalui Internet turut diperkenalkan bagi persidangan penggal pertama bermula Julai lepas.
Pentadbiran beliau turut meliputi perkembangan teknologi dan kehendak semasa rakyat yang inginkan perkhidmatan televisyen secara digital berbanding TV satelit yang ditawarkan sebuah syarikat tempatan.
Menurut Ahmad Shabery, infrastruktur perkhidmatan tersebut telah dirangka KKMM serta mula dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap pada 2015 untuk kawasan Lembah Klang manakala di seluruh negara pada 2017.
"RTM dijangka mempunyai tujuh rangkaian baru dan menjadi platform yang boleh digunakan oleh Media Prima dan sebagainya malah ia (yang ini) berasaskan terrestrial (daratan).
"
Dengan ini, kita perlu membuat persiapan dalam tempoh dua tahun bagi menjadikan rangkaian baharu itu mempunyai kandungan yang bermutu dan bukan sahaja bermutu untuk tayangan, tetapi juga sedia untuk dieksport," katanya.
Dengan Bernama TV pula, Shabery sedang menggerakkan usaha untuk memperkasakan saluran berita tv itu supaya jadi lebih menonjol dan menyerlah.
Adalah difahamkan beberapa perubahan akan dilaksanakan bagi membolehkan Bernama TV menjadi suatu saluran berita dan maklumat yang lebih berkesan selaras dengan kehendak pucuk pimpinan.
Selain meningkatkan mutu komunikasi negara, peranan media juga sering menjadi keutamaan Ahmad Shabery bahkan menganggap media sebagai ejen penting untuk membentuk budaya politik yang baik dalam negara.
Beliau berkata ketika dalam suasana pilihan raya khususnya, media arus perdana dan media alternatif perlu memainkan peranan mengasuh rakyat serta ahli politik untuk menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dan menghormati antara satu sama lain. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment