Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Prof. Dr. Agus belasah kerajaan Kelantan dan nafi ada kaitan dengan Husam !

Photo: Tuesday, August 20, 2013.

Agus belasah kerajaan Kelantan dan nafi ada kaitan dengan Husam
Pengkaji politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof sekali lagi menulis dan mempertikaikan kerajaan negeri Kelantan. Kali ini beliau mempersoalkan apakah PAS juga mengamalkan kronisme?

Ini adalah tulisan ketiga penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mengenai kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan. Tulisan pertama beliau mengenai ketiadaan keghairahan baru dalam politik Kelantan menimbulkan perdebatan hangat.

Tulisan itu dijawab beberapa pemimpin kerajaan negeri Kelantan namun salah seorang pemimpin PAS Pusat mempertikaikan jawapan itu dan menyifatkannya sebagai jawapan bodoh sombong.

"Apa yang pastinya banyak pelantikan baru, tidak ada pembaharuan dan perubahan. Majoritinya adalah pelantikan ‘reuse dan recycle’ seolah-olah kitar semula menjadi dasar dan amalan.

"Misalnya, lihat siapa yang dilantik menjadi Pengarah Pusat Kajian Strategik? Siapa Pengarah Urusetia Penerangan Kelantan? Siapa Ketua Pengelola Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan?" tanya Agus dalam tulisan terbarunya kali ini.

Kerajaan Kelantan baru saja melantik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh sebagai Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan yang baru. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Akhbar Menteri Besar (MB) Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan.

Agus dalam tulisan terbarunya juga menjawab tuduhan yang disifatkan datang dari 'kawan-kawan' beliau.

"Daripada semua pandangan itu, saya terlebih dahulu ingin menjawab komen kawan-kawan, khususnya tentang: (i) adakah saya orang Datuk Husam Musa?, (ii) sejauh manakah saya rapat dengan Datuk Husam?, dan (iii) apa yang saya perolehi dari dari Datuk Husam Musa?" tulis Agus dalam tulisannya.

Menurut Agus, beliau hairan, apa kaitan beliau dengan Husam.

"Saya mengenali beliau seperti mana saya mengenali pemimpin PAS yang lain. Mengapa baru ditimbulkan soal Datuk Husam? Yang saya timbulkan dalam tulisan saya bukan soal Datuk Husam.

"Yang saya persoalkan dalam tulisan saya ialah pembangunan projek lebuh raya rakyat dan stadium serta bekalan air untuk rakyat. Ini kerana berkebetulan pada waktu itu ramai rakyat Kelantan yang pulang berhari raya, maka saya kasihan melihat mereka terpaksa melalui jalan yang sesak dan menghadapi masalah air bersih untuk minum dan mandi," kata Agus.

Baginya, persoalan tentang berapa yang beliau perolehi dari Husam adalah komen yang kurang wajar kerana "adakah serendah itu kita melihat kredibiliti dan integriti saya dan Datuk Husam? "

"Jika pun ada dalam kalangan kita yang tidak setuju dengan Datuk Husam, saya fikir Islam tidak mengajar kita untuk turun darjat serendah itu.

"Sebab itulah dalam kita melontarkan sesuatu—seperti juga saya, kita mesti selalu waspada dengan kenyataan yang hendak dibuat, apalagi jika kita mendokong prinsip dan tatasusila Islam.

"Kalau kita pendokong Islam, ingatlah juga dosa pahala dalam politik, takut-takut nanti kita terfitnah saudara sendiri," tegas Agus dalam tulisannya.

Menurut Agus, beliau timbulkan pertanyaan ini kerana ia adalah projek kerajaan negeri yang dijanjikan sebelum pilihan raya.

"Saya tidak persoalkan sumber kewangan untuk membina lebuh raya rakyat, pembangunan stadium dan bekalan air kerana semua ini adalah janji yang dibuat oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri sendiri sudah melancarkan projek ini dengan siap mengutip dermanya sekali. Tiada kaitan saya dengan Datuk Husam dalam soal ini," katanya.

Prinsipnya, kata Agus, walaupun projek ini dahulunya adalah idea naib presiden PAS itu, tetapi yang turut bersetuju untuk mewar-warkan projek ini adalah kerajaan negeri.

Maka dalam soal ini, prinsip ‘tanggungjawab bersama’ terpakai yang semestinya tanggungjawab ini dipikul oleh kerajaan sekarang selepas Husam tidak lagi berada di dalam kerajaan, tegasnya.

Beliau mempersoalkan, mengapa perlu dijadikan isu sangat dengan Husam?

"Bukankah beliau juga adalah pemimpin PAS, malah Naib Presiden PAS lagi? Atau apakah dalam kepimpinan PAS negeri sekarang ini ada masalah dalaman sehingga saya pula cuba dikaitkan dengan masalah dalaman politik tersebut," tulisnya.

Menurutnya, tulisan beliau adalah untuk rakyat Kelantan, iaitu negeri kelahiran beliau.

"Saya senang jika rakyat kelantan senang dan negeri saya membangun. Itulah sahaja yang mampu saya lakukan, iaitu memainkan peranan saling mengingatkan,"kata nya. ~the malaysian insider melalui addin

adios.

Gendang Perang.Photo: Tuesday, August 20, 2013.

Gendang Perang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.