16/08/13
Sorry," kata Mat Sabu - Saya tak mahu komen isu Syiah
SHAH ALAM -
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengambil pendirian untuk tidak
memberi sebarang komen berhubung isu Syiah serta dakwaan yang mengaitkan
dirinya dengan ajaran tesebut.
Sebaliknya, Mohamad atau lebih dikenali
dengan panggil Mat Sabu mendakwa, isu itu sengaja dibangkitkan media
setiap kali tiba musim pemilihan parti.
"Saya tidak mahu jawab mengenai Syiah, sebarang soalan...ini hanya permainan media, saya tidak mahu jawab.
"Tidak mahu menjawab apa-apa (mengenai Syiah)...sori," kata Mat Sabu, lapor Antarapos.
Pas akan mengadakan pemilihan parti itu pada November ini.
Sejak kebelakangan ini, isu Syiah timbul
kembali dan Mat Sabu antara nama yang menjadi 'mangsa serangan' kerana
dikatakan mempunyai kaitan dengan ajaran itu.
Sebelum ini, Mat Sabu beberapa kali
menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang
diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan
melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.
Malah terdapat dakwaan Syiah sudah
menular di beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin Pas juga
diresapi pengaruh mazhab tersebut.- SH
0 orang berkata:
Post a Comment