• Nurul Izzah Anwar Sidang Media Pelancaran Kempen "March To Freedom" di rumah kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut, Segambut Dalam pada 11 Febuari 2015. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
KAJANG - PKR enggan mencampuri masalah dalaman Pas termasuk usaha untuk menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lebih-lebih lagi menjelang pemilihan parti itu pada Jun depan.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar menegaskan nasib kepimpinan tertinggi Pas itu perlu ditentukan oleh ahlinya dalam pemilihan akan datang dan begitu juga PKR.

"Agak janggal semasa PKR mengadakan pemilihan, kita pun tidak harapkan kenyataan terbuka dibuat oleh pimpinan daripada Pas," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah umum March to Freedom di pekarangan Pusat Khidmat Dun Kajang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kelmarin yang mendedahkan terdapat golongan yang dilabelkan ‘barua’ dalam kalangan ahli Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada golongan barua dalam Pas']
Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mendakwa kelompok itu lebih wala' (taat setia) kepada PR berbanding kepada parti Islam itu sendiri.

Dakwanya lagi, kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.