Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kita perlu siasatan sebelum membayangkan tuduhan

Selepas Kereta Dr.Hatta Cuba Dibakar, Kini Dr Dzul Dipukul


Selepas insiden kereta AJK PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Raamli cuba dibakar oleh pihak tertentu, pagi ini, seorang lagi AJK PAS Pusat, Dr.Dzulkefli Ahmad pula menerima nasibnya apabila beliau telah dipukul dengan kayu oleh dua orang yang memakai helmet selepas solat Subuh.
Di dalam kejadian tersebut, Dr.Dzul telah didatangi oleh lelaki berkenaan dan berkata "mengapa kurang ajar sangat?" lalu memukulnya di bahagian muka.

Dr Dzul kini berada di balai polis untuk membuat laporan. Beliau bagaimana pun meminta ahli-ahli PAS tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Serangan berkenaan dipercayai berlaku ekoran kenyataan di dalam sebuah portal di mana Dr Dzul menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," katanya.

GB sebelum ini telah berulang-kali meminta supaya budaya samseng yang ada di dalam PAS segera ditangani tetapi nampaknya lansung tidak dihiraukan oleh PAS Pusat.

Bermula dengan kes seornag blogger, Aduka taruna dipukul oleh sekumpulan penyokong taksub Hj Hadi di Rusila, Marang, diikuti dengan "50 gagak hitam" yang keluar dewan semasa muktamar, kumpulan pro-ulama mengeboo ucapan Hanipa Maidin, beberapa pemuda PAS yang bertindak dan berlagak samseng menguugut untuk memukul Pengarah LENSA Sdr Safwan Anang, kumpulan ahli PAS Pahang yang turut disertai olej Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemo untuk menuduh Mat Sabu dan Dr.Hatta Ramli cuba menggulingkan Presiden PAS di Pejabat Agong PAS, percubaan membakar kereta Dr Hatta dan kini Dr Dzulkefly dipukul dan dicederakan.... adalah rentetan peristiwa hitam yang amat menyedihkan dan mencalarkan imej PAS.

Di dalam peristiwa kereta Dr.Hatta yang cuba dibakar ada pula mereka dari kumpulan pro-ulamak yang menuduh perbuatan itu cuba dilakukan oleh Dr Hatta sendiri untuk meraih simpati.

Cuma di dalam dua kes yang terkahir iaitu insiden percubaan membakar kereta Dr Hatta dan memukul Dr Dzul, kita tidak dapat mengenal pasti dengan sebenarnya siapa pelakunya. Mungkin saja agen-agen provokasi untuk memburukkan hubungan kedua-dua kumpulan di dalam PAS yang dilihat tidak sehaluan.

Walau apa pun kita berharap PAS Pusat tidak terus berdiam diri terhadap gejala samseng yang semakin menjadi-jadi ini.

Sifat-sifat buruk dengan akhlak yang keji dan jijik yang diaparkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka pro-ulamak terus dibiarkan. Malah di alam siber ini, "papagomo versi PAS-UG" seperti Tok Usin Ceroi dan El-haraki juga dibiarkan tanpa diambil apa-apa tindakan semata-mata kerana dikatakan mereka itu melakukan hal yang demikian kerana "menyokong ulama".

setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali yang sebelum ini menonjolkan diri untuk membawa beberapa kes ke Lembaga Disiplin nampaknya masih terus dengan sikap "biased"nya dan kini lebih sibuk untuk berpolitiking bagi mempastikan Presiden PAS, Haji Abd Hadi Awang tidak ditandiingi di dalam pemilihan muktamar akan datang ini.

Kita berharap para perwakilan muktamar akan membuka mata untuk menilai mana intan mana kaca di dalam perjuangan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sesiapa juga yang bersalah PASTI akan terhukum, jika tidak di sini, akan dihukum di "sana".

Dr.Dzul sedang menerima rawatan di hospital

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau sampai mcm tu ...perbuatan kita...dinasihatkan dr hatta & dr zul serta seangkatanya....keluarlah dari pas...tubuh parti pasma

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.