Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG OVER TU AHLI PAS KE ATAU BATU API ?

Pemilihan: Biarlah air berkocak, jangan 'over' sangat



KUALA LUMPUR: Menjelang Muktamar Tahunan PAS pada Jun ini kritik mengkritik dan label melabel dalam kalangan jemaah parti itu semakin hebat apatah lagi adanya media sosial seperti Facebook, merancakkan lagi perbuatan seperti itu.

Menyentuh perkara ini, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati ahlinya agar tidak keterlaluan dalam melakukan perbuatan tersebut terutama apabila ia melibatkan isu dalaman parti.

"Ketika musim pemilihan ini biarlah kocak-kocak air sahaja janganlah terlalu 'over' sangat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Namun katanya, PAS mengalu-alukan perbezaan pendapat tetapi perlu ada adab dalam menguruskan pendapat iaitu mesti siqah kepada pemimpin dan tidak membuat kenyataan terbuka kepada media.

Beliau juga mengingatkan ahli agar menjaga adab antara satu sama lain dan jangan sekali-kali membawa suara musuh di dalam parti.

"Jangan ada kritik mengkritik satu sama lain, kita kukuhkan jemaah, perkuatkan jemaah kita," tegasnya ketika mengunjungi Pejabat Harakah di sini hari ini.

Tuan Ibrahim juga akui cabaran media baru  ini merupakan cabaran yang sangat berat dan memberi kesan kepada PAS apabila ia disalahgunakan untuk menghentam parti sendiri.

Beliau berkata, PAS pernah menghadapi cabaran lebih besar lagi daripada ini iaitu pengunduran Datuk Asri suatu ketika dahulu tetapi waktu tiada orang tahu PAS telah berkelahi sesama sendiri.

"Tetapi hari ini, masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama menyebarkan maklumat di laman sosial. Kita tahu yang sibuk-sibuk ketika ini bukanlah pemimpin," katanya.

Dalam hal ini katanya, para pemimpin kenalah bersikap 'sejuk kepala' dan tidak perlu layan semua isu yang dicampak apatah lagi isu remeh temeh.

"Kalau kita tengok satu-satu isu itu besar, maka besarlah isu itu," tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Oleh yang demikian beliau meminta ahli parti menyemak terlebih dahulu maklumat yang diterima sebelum disebarkan melalui media sosial.

"Biar sekalipun maklumat itu betul, janganlah disebarkan dan perlu difikirkan apa manfaat untuk parti jika maklumat itu disebarkan. Para jemaah perlu berfikir, apakah kita dapat pahala jika kita sebarkan maklumat tersebut," ujarnya.

Katanya, ahli PAS perlu juga melahirkan buruk sangka terhadap maklumat yang diterima bahawa maklumat itu mungkin daripada musuhnya untuk melaga-lagakan PAS.

"Perlu ingat dasar parti bagi hak kepada muktamar dan kepimpinan parti, oleh itu kenyataan itu mestilah dalam ruang lingkup kita walaupun kita ada perbezaan pendapat misalnya dalam Pakatan Rakyat juga mesti menghormati rakan-rakan dalam parti," tambahnya.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat agar menghormati dasar parti masing-masing dan tidak terbuai dengan rentak musuh.

"Cita-cita kita untuk tumbangkan BN, jadi kita mesti bina kekuatan bersama. Tidak mungkin kita sampai ke Putrajaya jika kita lemah," katanya. - HARAKAHDAILY 4/3/2015

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pemimpin2 pas pun kena tegas dlm menanggani masalah disiplin dlm pas agar ahli pas x meluat dok tunggu keputusan...jgn dok fikir nak menang dlm pilihanraya dan mendapat jawatan dan pangkat...ahli2 pas yg mengundi bkn dpt apa2 pun...nak beli gula pun kadang2 mis. Apa yg ahli mahu ialah ketelusan dlm perjuangan, kebenaran dlm perjuangan berdasarkan syariat dan menegakkan hukum allah...kalau dok cakap saja dlm ceramah tetapi takut melaksanakan krn menjaga hati kwn2 dlm pakatan...maka saya nasihatkan pemimpin mcm ni berhentilah dari main politik....ingat yg memberi mng pas adalah ahli2 pas yg marheen ni....bukan org2 besar yg pegang jawatan tu....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.