Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BEGITU BANYAK SAMAN POLIS TAK CARI PULAK YE ?


Bas rempuh 10 kenderaan ada 63 saman tertunggak
Bas rempuh 10 kenderaan ada 63 saman tertunggak
Sebuah bas persiaran merempuh 10 kenderaan lain dalam kemalangan KM265.8 (arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, selepas Terowong Menora, semalam. - Foto Bernama

IPOH - Bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini semalam mempunyai 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata pemandu bas berkenaan yang berumur 51 tahun pula memiliki sembilan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju sejak 2011 hingga 2015.

"Hasil ujian air kencing mendapati pemandu terbabit yang merupakan pembantu pemandu negatif dadah. Polis telah mengambil keterangannya," katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Ipoh hari ini di mana pemandu itu dibawa ke mahkamah untuk direman.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Ng Geok Nee membenarkan permohonan pihak polis agar pemandu terbabit yang berasal dari Johor Baharu direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pemandu pertama bas berkenaan Zakaria Ahmad, 50, ketika ditemui di perkarangan mahkamah itu berkata sebelum memulakan perjalanan beliau dan rakannya telah memastikan bas terbabit berada dalam keadaan baik.  

"Rakan saya (suspek) yang merupakan pemandu kedua cukup tidur sebelum memulakan perjalanan pada pukul 12 tengah hari.

"Ketika kejadian saya yang sedang tidur terkejut apabila mendengar jeritan penumpang dan pemandu cuba memperlahankan kenderaan serta merendahkan gear tetapi tidak boleh," katanya ketika di temui di perkarangan mahkamah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong menerusi satu kenyataan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju Kuala Lumpur dipercayai mengalami masalah brek.

"Bas itu bergerak laju ketika menuruni bukit menyebabkan pelanggaran berlaku membabitkan 10 kenderaan lain.   

"Semua 28 penumpang bas selamat, pemandu dan penumpang kenderaan lain juga selamat kecuali hanya seorang wanita berumur 21 tahun yang mengalami kesakitan di bahagian perut," katanya. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Mcmana roadtax boleh lepas? Pelik

Anonymous said...

La....MYEG kan ado....mano lo ni pakai geran....blacklist pon ekau buleh renew....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.