Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUATLAH MANA TERBAIK, TAPI JAGALAH ADAB MENGHORMATI DASAR ORANG LAIN


Pembangkang kena amal politik muafakat, kata PKR
Shuhaimi Shafiei
Shuhaimi Shafiei

SHAH ALAM – PKR Selangor mengesyorkan supaya parti pembangkang mengamalkan konsep politik muafakat dan 'smart politic partnership' bagi mengukuhkan hubungkan pakatan politik dengan mana-mana gabungan parti yang membawa agenda reformasi.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, politik muafakat yang bersifat 'smart politic partnership’ di kalangan parti pembangkang wajar diteruskan dengan sedaya upaya bagi mengelakkan pertembungan pandangan mahupun pendirian politik yang keterlaluan di media massa.

“Keadilan Selangor menyeru agar rakan-rakan Pakatan Harapan iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP untuk turut sama dalam menjayakan pelan politik muafakat ini bersama dengan gabungan parti pembangkang di peringkat persekutuan yang akan membabitkan pelbagai latar belakang parti, NGO dan bekas pimpinan kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Shuhaimi berkata demikian berikutan daripada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan agar gabungan semua parti pembangkang supaya kembali bersatu.

Menurut Shuhaimi, kekuatan gabungan PKR, Amanah, DAP, Pas serta parti-parti yang lain akan membawa suatu bentuk momentum kemenangan politik yang berkesan bagi menumbangkan Umno-BN dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Dalam PRU13 lalu hasil gabungan kuat parti pembangkang, kita berjaya membentuk serta menjadi kerajaan negeri di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang atas nama Pakatan Rakyat (PR).

“Ia telah menjadi suatu bukti bahawa tanpa Umno-BN mentadbir negeri-negeri tersebut, kita berjaya meningkatkan indeks pembangunan ekonomi serta infrastruktur yang membanggakan jauh meninggalkan negeri yang ditadbir oleh Umno-BN,”katanya.

Dalam pada itu, Shuhaimi memaklumkan bahawa sekiranya politik muafakat serta ‘smart politic partnership’ tidak dimulakan dengan segera serta strategik, Pakatan Harapan akan menghadapi kesukaran untuk menawan Putrajaya disebabkan oleh pertembungan pandangan.

Shuhaimi turut mengingatkan bahawa Umno-BN sebelum ini juga telah mengambil kesempatan di atas perbezaan pendapat yang dihadapi oleh Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

“Mereka menang bukan kerana mereka kuat atau rakyat telah menerima mereka malah semua pihak tahu Umno Selangor sangat lemah dan mereka meraih kemenangan itu secara mudah dengan 'menahan lukah di pergentingan'.

“Mereka bergantung pada kehebatan 'menangguk di air keruh' untuk mencapai sasaran kemenangan,”katanya.

2 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Unknown said...

jianbin1213
ghd hair straighteners
mbt shoes outlet
versace sunglasses
tory burch outlet online
fitflops sale
michael kors outlet
kobe 9
michael kors outlet clearance
longchamp handbags
louis vuitton outlet stores

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.