Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HIDUPKAN BALIK PAKATAN RAKYAT, BUKAN PAKATAN HARAPAN


Pas tiada pilihan, kena juga kerjasama
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

PUTRAJAYA - Pas tidak mempunyai pilihan lain bagi menghadapi pilihan raya selain bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan parti baharu yang bakal diwujudkan oleh bekas pemimpin Umno bagi mempertahankan Kelantan.

Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya Pas mengambil pendekatan enggan bekerjasama dan bersendirian, nasib Kelantan bakal terlepas ke tangan pihak lain.

“Kalau Pas bersendirian, mereka mengambil pendekatan bertanding tiga penjuru. Ini bermakna bahawa Pas bakal kehilangan Kelantan.

“Saya bukan Tuhan yang tahu tentang masa depan Pas tetapi dalam pilihan raya kita ada analisa. Sebab itu Pas tidak sertai semua kerusi pada PRN Sarawak kerana perkiraan mereka cukup tipis untuk menang,” katanya ketika ditemui selepas sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Mengulas penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mahfuz berkata: “Semua yang hadir hari ini (semalam) adalah dari kalangan mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat. Bagi bekas pemimpin Umno, mereka perlu satu parti baharu bagi menghimpunkan pengikut-pengikut mereka.

“Parti baharu ini perlu bekerjasama dengan parti-parti sedia ada bagi tujuan mengalahkan BN," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin Umno merupakan perkembangan baharu politik tanah air.

“Saya tidak nampak sebarang masalah. Itu usaha positif dalam tumpuan mengalahkan BN dan konteks menukar perdana menteri,” katanya.

Namun begitu, beliau berkata, isu penubuhan parti baharu tidak dibincangkan secara terperinci sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Selamatkan Malaysia.

Bagi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata penubuhan parti baharu adalah positif serta menyerahkan kepada Mahathir sebagai pembuat keputusan.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tak ada faedah pun klu pas masuk pembabgkabg. Pas patut masuk bn..

Unknown said...

Itu kata mafuz .dah kena dedak madey and mukriz ko?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.