Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CINA BIADAB PERLU PENGAJARAN


Tindakan Kor Ming biadab, wajar mohon maaf
Ismail Sabri Yaakob

BERA - Tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memuat naik status dalam akaun Facebook (FB) miliknya menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri disifatkan sebagai tindakan biadab dan sengaja mencari publisiti murahan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbuatan itu juga menyinggung perasaan umat Islam dan tidak menghormati amalan tradisi yang telah diamalkan masyarakat Melayu sejak turun temurun.

"Ini merupakan perbuatan biadab dan kurang ajar. Ia tidak patut berlaku kerana pemberian duit raya ini bukan satu perkara baru, tetapi untuk mengembirakan kanak-kanak.

"Sebab itu ia diberi kepada golongan itu dan bukannya kepada orang dewasa dan perkara ini juga diamalkan masyarakat Cina yang memberi ang pau semasa Tahun Baru Cina," katanya.

"Budaya ini sama saja baik kaum Melayu, dan Cina, malah kaum India sendiri pun semasa Depavali kita beri bantuan kepada golongan memerlukan untuk meringankan bebanan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Bera di sini hari ini.

Majlis yang diadakan bermula jam 9 pagi dan berakhir 2 petang itu dihadiri hampir 20,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menuntut Kor Ming agar segera meminta maaf kerana tindakannya yang tidak bertanggungjawab mempersendakan Aidilfitri dengan menyamakan sedekah duit raya sebagai rasuah dan 'dedak'.

Di MANJUNG, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pula menyifatkan tindakan Kor Ming sebagai tidak matang.

Zambry berkata, sebagai seorang anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri yang berpengalaman dan berpendidikan, beliau tidak sepatutnya menulis sesuatu perkara yang boleh mencetuskan kontroversi apatah lagi ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

"Bagi umat Islam ia amat sensitif apabila kita meletakkan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya," katanya kepada pemberita pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 dan majlis meraikan perkahwinan anak beliau, Shifa dengan Wan Muhammad Ihsan Wan Sabri di perkarangan Dewan Merdeka.

Dalam pada itu, Zambry berkata dialog karikatur berkenaan merupakan satu bentuk penghinaan yang mana mereka telah menghina tradisi berkurun masyarakat Melayu di negara ini.

"Begitu juga dengan masyarakat Cina, adakah pemberian angpau itu dianggap dedak?, ini adalah perbuatan menghina yang tidak wajar dilakukan," katanya.- Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Dedak untuk gelaran pengundi bn/umno shj semua orang tau. Kahkahkah

Anonymous said...

Dedak masih dapat hasil, jadi selipar tu jadi pencacai pengangkat najis

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.