Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN CAKAP JE, .......


Wakil rakyat DAP guna politik kebencian
Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

KUALA NERANG - Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menggunakan politik kebencian untuk menghancurkan perpaduan sesama kaum yang telah dibina sejak 60 tahun lalu apabila mempersendakan sambutan Aidilfitri dalam laman sosial Facebooknya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menyifatkan tindakan pemimpin dari DAP itu biadab selain tidak menghormati budaya dan agama yang diamalkan dalam negara berbilang kaum sejak dahulu lagi.
 
 "DAP sebelum ini cakap untuk perjuang semua kaum tetapi sebaliknya berlaku, di mana (pemimpin parti itu) tidak menjaga sensitiviti orang Melayu Islam. Ini menunjukkan kepimpinan DAP tidak matang.   
Pada Selasa lalu, Nga memuat naik status gambar mempersendakan Aidilfitri dengan menyamakan sedekah duit raya sebagai rasuah dan 'dedak'.

Mahdzir berkata, perpaduan yang diasaskan sejak 60 tahun lalu perlu dijaga dengan baik dan generasi akan datang perlu menjaganya agar tidak dicemari dengan agenda politik parti pembangkang.

Katanya di peringkat sekolah pihak kementerian mempunyai program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), di mana program ini memberi pendedahan kepada pelajar sekolah sebagai cara untuk memperkukuhkan perpaduan.

Beliau berkata, parti pembangkang perlu membantu usaha kerajaan untuk mengekalkan keharmonian perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan bukan menanam politik kebencian dalam kalangan rakyat.

"Pemberian duit raya merupakan tradisi masyarakat di negara ini ketika sambutan Aidilfitri dan sama juga bagi masyarakat Tiong Hwa yang memberi ang pau kepada kanak-kanak. Ini perkara yang sering kita lakukan sejak dahulu lagi," katanya.

Di TAIPING, Naib Ketua Umno Bahagian Taiping Datuk Mohamed Zahir Abdul Khalid berkata perbuatan Nga itu mencerminkan dirinya sebagai seorang yang berperibadi buruk.

Beliau berkata, sebagai seorang Anggota Parlimen di negara berbilang kaum, Nga sepatutnya menghormati semua perayaan.

"Dalam kita menyambut perayaan ini, perpaduan dan keamanan amat penting," katanya kepada Bernama. – Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Nak kutuk najib jgn libatkan semua umat islam.kutuk tak kena tempat sendiri nak dimkn kutuk le

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.