Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TRAFIK SESAK


Trafik dari Kuala Kangsar ke Simpang Pulai sesak
PLUS Expressways Bhd (PLUS)
PLUS Expressways Bhd (PLUS)

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar menghala ke Simpang Pulai sesak sepanjang 30 kilometer, setakat pukul 1.30 tengah hari ini.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata, keadaan itu berlaku berikutan peningkatan jumlah kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti sempena Aidilfitri.

"Laluan kontra diaktifkan dari Km 289.6 hingga Km 295.6 dari Simpang Pulai ke Gopeng untuk menyuraikan kesesakan trafik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Km 53.4 arah selatan dari Simpang Renggam ke Sedenak, di Kulai, Johor membabitkan lima kenderaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kemalangan 'bumper-to-bumper' itu membabitkan dua kereta, dua kenderaan serba guna (MPV) dan sebuah lori. Tiada lorong terhalang," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik bergerak perlahan dari Lancang menghala ke Plaza Tol Karak dan Plaza Tol
Bentong ke Bukit Tinggi.

    "Kawasan lain masih dalam keadaan terkawal, namun trafik dijangka semakin
meningkat petang ini," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.