Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TANGGUNG LE, UNDILAH BN


Pemberian RM500, hanya janji palsu PRK?
Risda
Risda

HAH ALAM - Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pas (Latas) mendakwa, selepas hampir sebulan diumumkan pemberian bantuan khas (one off RM500) kepada penoreh dan pekebun kecil getah kerajaan sehingga kini ternyata masih gagal melunaskan janji itu.

Pengerusi Latas Pas, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, oleh itu benarlah jangkaan pihaknya, sebelum ini bahawa pengumuman pemberian bantuan khas itu, hanyalah bersifat rasuah politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang lalu.

"Selain gagal membayar onSe off RM500 ini,terdapat juga aduan pekebun getah bahawa bantuan tanaman semula getah yang telah diluluskan selepas pemeriksaan juga tidak dibayar oleh Risda. Kerajaan juga masih gagal membayar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melalui LGM selepas 7 bulan tuntutan dibuat oleh penoreh," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, Pengerusi Risda yang juga Ahli Parlimen Padang Besar (BN) Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan dalam akhbar semalam bahawa Risda sedang mencari jalan penyelesaian akibat kelewatan ini kerana berlaku masalah dalam tuntutan one off antara pekebun dan penoreh getah.


Katanya lagi, Risda memiliki rekod berhubung hal itu kerana bayaran seumpama ini pernah dilakukan pada tahun 2014. Risda juga memiliki data-data daripada bancian yang dijalankan tahun yang sama.

"Tuduhan yang dibuat kepada penoreh ini sangat serius, seolah-olah pihak kerajaan sentiasa betul, cekap dan efisien- rakyat yang menjadi penoreh sentiasa bermasalah dan tidak jujur," ujarnya.

Katanya oleh itu, Latas mendesak pihak kerajaan segera melunaskan janji pembayaran tersebut kepada penoreh tanpa sebarang dalih dan alasan lagi.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.