Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TEMBAK, TEMBAK, TEMBAK BERLELUASA


Gesa polis selesai kes serangan bersenjata
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad

SHAH ALAM - Pas menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelesaikan kes-kes serangan bersenjata secepat mungkin dan mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, walaupun serangan hanya menumpukan kepada pihak tertentu, rakyat tidak berdosa boleh menjadi mangsa akibat peluru-peluru sesat atau bom.

“Kejadian-kejadian serangan menggunakan senjata api secara terbuka di tempat awam telah mengejutkan orang ramai. Serangan ganas menggunakan bom juga telah menggemparkan kita semua.

“Ia telah membuat rakyat Malaysia merasa tidak selamat lagi. Seolah-olah kita berada di Amerika Syarikat atau Itali di mana sering berlaku serangan-serangan ala mafia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 29 Jun lalu, seorang pengurus besar syarikat swasta cedera parah ditembak individu yang menaiki motosikal ketika memandu kereta di Lebuh raya Utara Selatan dekat Desa Petaling.

Manakala pada 6 Julai, seorang ejen hartanah mati ditembak dari jarak dekat oleh dua penyerang tidak dikenali semasa mangsa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) mewahnya di Taman OUG.

Menurutnya, penjenayah akan terus bertindak ganas sekiranya mereka merasakan akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Peningkatan jenayah ganas akhir-akhir ini telah menimbulkan persoalan sama ada para penjenayah hari ini merasakan diri tidak akan dapat dijejaki.

“Oleh yang demikian pihak polis perlu meningkatkan keyakinan rakyat dengan tindakan-tindakan pantas dan berkesan,” katanya.

Iskandar berkata, beliau akui polis sedang menumpukan usaha membanteras keganasan tetapi jenayah-jenayah berat lain juga perlu diberikan perhatian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.