Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAMPAKNYA ADA AHLI PARLIMEN YANG DAH OTAIPUN TAK TAHU PERATURAN PARLIMEN

Giliran usul tidak ditolak ke bawah
Dewan Rakyat

SHAH ALAM - Pas menafikan giliran usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak ke bawah.

Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pas, Syed Ahmad Fadhli berkata, Buku Peraturan Mesyuarat Dewan perlu dirujuk bagi memahami proses perjalanan mesyuarat sidang Dewan Rakyat.

“Menerusi buku tersebut ada dinyatakan dalam perkara 15(1) pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

“Hari ini (semalam), RUU kerajaan yang dibaca semalam (kelmarin) telah disenarai sebagai bacaan kali kedua dan disebabkan itu, giliran usul Ahli Parlimen Marang dianjak dari nombor empat ke tujuh,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, persoalan bilakah usul RUU 355 akan dibahaskan bergantung kepada pihak kerajaan yang memiliki kuasa melalui eksekutif untuk menentukan tarikh yang sesuai menerusi Peraturan Mesyuarat 14(2).

“Jumaat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2017 yang mana bermula Isnin depan sehingga 22 November, adalah tempoh perbahasan bajet bagi peringkat dasar dan jawatankuasa.

“Kemungkinan RUU 355 ini boleh dibentangkan sama ada hari yang berbaki sebelum pembentangan Bajet 2017 atau pada penghujung sidang nanti,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang berusaha gigih untuk menghalang pembentangan RUU 355 oleh Abdul Hadi.

“Apa yang sedang diusahakan oleh beliau (Abdul Hadi) adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia dan tidak juga bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan beliau membawa usul tersebut ke institusi Parlimen untuk dibahaskan dan dibuat pengundian. Mengapa perlu takut dan gelabah sangat?

“Pada 1984, Akta 355 ini pernah dipinda bagi menambah bidang kuasanya. 

"Setelah 32 tahun, beliau memanfaatkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Marang mencadangkan Akta 355 ini diperluaskan bidang kuasanya agar Mahkamah Syariah yang sudah sedia ada dapat dimartabatkan kedudukannya selari dengan Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana Bahagian Persekutuan,” katanya.

5 orang berkata:

abangjo sabah said...

PERTAMA SAYA INGIN MENYAPA SEMUA PENGUNJUNG SITUS INI DENGAN KATA ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU.
SALAM SEJAHTERA SALAM SAUDARA-SAUDARA SEMUA, MAAF SEBELUMYA MAKSUD DAN TUJUAN SAYA HANYA INGIN BERCERITA SEDIKIT MENGENAI ANGKA TOGEL RITUAL
SAYA DARI CIOMAS/BOGOR BESERTA KELUARGA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA MBAH.
SAYA HANYA MENGINPORMASIKAN BUAT SEMUA PENGUNJUNG SITUS INI YANG MEMBUTUHKAN ANGKA TOGEL
2D/3D/4D/5D/6D JAMINAN 100% TOP/TEMBUS SILAHKAN KONSULTASI ATAU MEMINTA BANTUAN KEPADA MBAH WIRANG..
SAYA SUDAH KEMANA-MANA MENCARI ANGKA YANG TOP SELALU TIDAK ADA HASILNYA.. SAMPAI-SAMPAI HUTANG MALAH MENUMPUK..
TANPA SENGAJAH SAYA LAGI CARI ANGKA TOGEL TOP DI INTERNET KOK KETEMU SITUS MBAH WIRANG YAITU http://prediksinomortogelhariini.blogspot.com SAYA BACA SEMUA ISI SITUS TERSEBUT DAN SAYA LANGSUNG HUBUNGI MBAH WIRANG
SAYA COBA BELI PAKET 2D TERNYATA TEMBUS..DAN AKHIRNYA SAYA BISA MEMBELI PAKET 4D.. BAGAI DISAMBAR PETIR.TERNYATA ANGKA TOGEL RITUAL MBAH WIRANG BENAR2 TEMBUS 4D..
DEMI ALAH BARU KALI INI SAYA MENDAPAT ANGKA RITUAL YANG BENAR2 TERBUKTI TEMBUS...
BAGI ANDA YANG INGIN MERUBAH NASIB DAN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM PERMAINAN ANGKA TOGEL 2D/3D/4D/5D/6D SEPERTI SAYA SILAHKAN HUB/SMS 082 346 667 564 MBAH WIRANG.

MBAH WIRANG TIDAK MENGOBRAL JANJI MANIS...FAKTA & KENYATAAN YANG BERBICARA..MBAH HANYA MELAYANI YANG SERIUS & BERSEDIAH MEMBANTU MAHAR UNTUK BIAYA PEMBELI ALAT RITUAL/SESAJEN UNTUK RITUAL.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA YANG PUNYA SITUS INI...

Anonymous said...

Bukan ditolak ke bawah.
Cuma tertolak ke bawah.

Ada beza ker?

Anonymous said...

Denda maksimum rm5000, 3 tahun penjara, 6 kali sebatan.

Ayat Quran n hadis mana dia org rujuk ni?

Anonymous said...

Hudud negeri kelantan dah lulus. Knapa tak laksana? Takut Allah ker takut orang??

Buang masa, buang duit, habuk tarak. Alasan dah ikhtiar. Tak kan ikhtiar setakat buat dah luluskan sja? Tak kan dah lulus tak nak ikhtiar utk laksanakan?

Tak ikhtiar laksanakan hukum hudud yg dah lulus, mcm mana nak lepas hukuman Allah.

Mcm solat la. Dah laksanakan solat baru lepas hukuman Allah....

Anonymous said...

Dap sentiasa dijadikan alasan untuk tidak laksanakan hudud.

Cara escapisme paling mudah dan selamat.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.