Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

selepas digantung terus keluar parti

Bekas Exco Pemuda Umno keluar parti
Bekas Exco Pemuda Umno keluar parti
Mohd Rafiq (duduk, tengah) dalam sidang media hari ini. - Foto Sinar Harian

AMPANG - Bekas Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen yang sebelum ini digantung keahliannya mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang media di sebuah hotel di sini yang turut disertai 28 bekas pemimpin cawangan Umno juga mengumumkan keluar parti.

Menurut Mohd Rafiq, keputusan tersebut dibuat mereka setelah hilang kepercayaan terhadap Umno dam kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami yakin telah ramai ahli dan kepimpinan Umno terutama di akar umbi hilang kepercayaan kepada Umno kerana matlamat perjuangan yang tidak lagi meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

"Pengumuman ini selaras dengan cabaran beberapa pemimpin Umno meminta ahli yang tidak lagi menyokong Presiden Umno agar segera tinggalkan parti," katanya.

Menurut beliau, ahli-ahli Umno yang keluar parti hari ini bebas menentukan platform perjuangan mereka selepas ini.

"Ada yang sudah tinggalkan Umno lebih awal dan sertai Parti Bersatu. Saya tidak akan memaksa mereka.

"Saya sendiri sebagai orang Melayu akan memilih parti yang memperjuangkan bangsa saya tanpa meminggirkan bangsa lain. Buat masa ini, saya cenderung ke arah Bersatu tetapi belum menyertai secara rasmi," katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

ishhh3
Sebijik macam parti pas
Suka betol pecat ahli
sapa tegur kena pecat

ada persamaan ciri la umno ngan pas neh
kalu bergabung elok benor turrr

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

Anonymous said...


BICARA AGAMA


ARKIB : 06/04/2001



`Saya dan ulama Pas pernah mengkafirkan UMNO'

Oleh: OMAR KHALID
Merujuk kepada tulisan Hanan Alawiyyah ruangan Rencana Pilihan di Utusan Malaysia 30 Mac lalu dan sebagai orang yang dinamakan oleh Timbalan Presiden Pas Abdul Hadi Awang terlibat mengkafirkan UMNO, saya ingin menyatakan bahawa memang benar dakwaan beliau itu. Ini kerana sepanjang penglibatan saya dalam Pas sejak 1956 hingga 1994 memang saya merupakan salah seorang pemimpin Pas yang mengkafirkan UMNO.

Saya terlibat secara aktif di dalam Pas di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Selain menjadi guru agama Kementerian Pendidikan, saya turut terlibat secara aktif mempelopori pengeluaran kaset ceramah Pas di bawah perniagaan OK yang pernah mempunyai kedai di Tingkat Satu Bangunan Pas Kelantan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu.

Terlalu banyak kaset rakaman ucapan pemimpin Pas sama ada di dalam ceramah, atau perjumpaan termasuk mungkin ucapan Hasan Mat Saman yang ada dalam simpanan Hanan Alawiyyah.

Saya sebarkan kaset-kaset itu secara bebas sama ada kepada penyokong atau bukan penyokong Pas.

Kerana begitu akrab saya dengan kepimpinan Pas sama ada di Kelantan dan Terengganu tidak memungkinkan mereka tidak mengetahui bahawa saya beriktikad sebelum ini bahawa orang UMNO itu kafir.

Apabila kafir mereka perlu dilayan sebagai orang kafir yang tidak membolehkan mereka dijadikan imam sembahyang, dijadikan wali pernikahan, dimakan sembelihan mereka dan diurus jenazah mereka sebagaimana jenazah orang Islam lain.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4NA1ziNMF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Bukan saya seorang sahaja yang berpegang kepada hukum begitu, tetapi ramai pemimpin besar Pas yang turut mempunyai keyakinan yang sama.

Ini berlaku apabila ulama-ulama Pas dalam majlis-majlis parti, khasnya selepas era Asri membuat pelbagai tafsiran daripada al-Quran dan hadis menggambarkan hanya Pas sahaja jemaah Islam dan jemaah-jemaah lain termasuk UMNO adalah barisan tag-hut yang menjadi musuh Allah dan Rasul-Nya serta musuh orang-orang yang beriman.

Pemimpin Pas mentakwilkan bahawa UMNO tergolong daripada golongan murtad kerana pelbagai kesalahan dari segi jenayah agama.

Kesalahan-kesalahan itu termasuklah dakwaan UMNO mengamalkan dan menyeru serta berjuang di atas dasar kebangsaan yang ditakrifkan sebagai asabiah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah, dakwa mereka.

Mereka juga mendakwa orang UMNO dianggap murtad kerana redha memilih hukum selain daripada hukum Allah untuk dijadikan dasar pemerintahan negara dan rela memerintah bersama dengan bukan Islam dan berpegang dengan perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid.

Selain daripada itu, pelbagai alasan dan takwil lagi yang digunakan untuk dikiaskan oleh jemaah ulama Pas bahawa menyertai UMNO jika dengan jahil dianggap dosa dan jika dengan ilmu dinggap murtad.

Tanyalah sesiapa pun pemimpin Pas, hati kecil mereka tentu yakin kerana itulah trend tarbiah (baca propaganda) pemimpin Pas untuk menakutkan orang menyertai UMNO khasnya pada era pasca-Asri.

Angkara yang dilakukan oleh saya ini berterusan sehinggalah ke tahun 1994. Sejak tahun itu saya mulai sedar dan yakin bahawa semua hukum yang dikeluarkan oleh Pas tidak lebih daripada mainan politik.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4NA2Eaqvl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Buktinya sejak menang dalam pilihan raya di Kelantan pada tahun 1990, Pas tidak menjadikan Islam sebagai agenda pemerintahan. Sebaliknya apa yang berlaku pemimpin-pemimpinnya sibuk menyukat kawasan balak dan sibuk mengenyangkan tembolok masing-masing.

Dari sinilah mereka mula meredakan soal mengkafirkan orang UMNO. Helah mereka ialah orang ramai sudah tahu batas-batas iman dan kufur, maka tidak perlulah kita membesar-besarkannya lagi.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di peringkat bawahan tidak pula begitu. Di kawasan-kawasan pedalaman masih ramai yang melakukan solat Jumaat di luar mukim kerana tidak mahu berimamkan orang UMNO. Masih ramai yang bertanya orang yang merisik, bakal menantu dan bakal besannya orang UMNO atau Pas. Begitu masih ramai yang memulaukan sembelihan orang UMNO.

Jika ada di kalangan mereka yang hadir ke majlis kenduri orang UMNO pun mereka akan makan nasi berlaukkan timun dan sambal saja.

Sikap berpura-pura, talam dua muka, hipokrit dan ego pemimpin Pas inilah yang turut menjadi elemen yang menginsafkan diri saya.

Lantaran itu saya mengambil keputusan menyertai UMNO dan memohon maaf kepada ahlinya secara terbuka dalam majlis ceramah.

Sekiranya keputusan saya berdiri dalam UMNO dan pemohonan maaf kepada ahlinya diangggap menjadi satu kesilapan oleh pemimpin-pemimpin Pas, saya bersedia untuk berdebat dengan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat.

Kesalahan saya dengan Allah, saya mohon ampun dan bertaubat. Saya percaya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun tidak mensia-siakan pemohonan dan taubat hamba-Nya.

Tinggal lagi hari ini ialah sikap pemimpin-pemimpin Pas yang mendakwa UMNO kehabisan isu lalu menggunakan beberapa orang bekas pemimpin Pas termasuk saya untuk menghidupkan semula isu lama, iaitu mengkafirkan ahli UMNO.

Soal agama bukan soal baru atau lama. Selagi pemimpin-pemimpin Pas tidak membetulkan kesilapan selagi itulah isu tersebut akan terus relevan. Pemimpin-pemimpin Pas berkenaan akan terus dituntut untuk mengakui kesilapan mereka. Malah ia menjadi kewajiban kita semua untuk menyeru mereka kembali kepada kebenaran.

Abdul Hadi Awang yang menamakan saya sebagai orang yang terlibat mengkafirkan UMNO perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Hanan Alawiyyah minggu lepas dan hentikanlan sikap sombong serta bongkak enggan menerima kebenaran semata-mata kerana takut dikutuk pengikut.

Tidak hilang gelaran YAB Tuan Guru dan tidak menjadi kehinaan jika beliau bersedia membetulkan keadaan serta membetulkan semula akidahnya dan akidah orang yang terpengaruh dengan amanatnya.

Sungguhpun ada yang mengatakan selagi Pulau Bidong bernama Pulau Bidong selagi itulah Abdul Hadi tidak akan menarik balik amanatnya. Namun kita masih mengharapkan akan ada cahaya di hujung jambatan Sungai Terengganu.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4NA2OQqZT
© Utusan Melayu (M) Bhd

cikguhelmidjislamik sauk said...

Komen hebat2 belaka.. tp kerja belum tentu.. sekali tngok mcm komen org2 umno.. belakon je jd pembngkg.. tp geng2 umno ni.. klau betul pmbgkng lebih baik buat kerja.. tmbh pengundi.. yg duk komen ni bukannya nk bantu pembgkng meng.. tp lagi org meluat.. ini antara yg bnyk cakap tp takda kerja..

Anonymous said...

Pas parti penjual agama, Umno parti penjual bangsa. Dua2 parti ini menipu umat Islam/org melayu, perosak ummah dan memecahbelah keharmonian kaum berbilang bangsa dulu, kini dan selamanya..

Undi Pas = Undi Umno

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.