Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIKAP PENYEMBAH KUBUR

Jangan jadi penyembah kubur, kata Nik Abduh
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU - Nik Abduh, Nik Abdul Aziz menyelar mereka yang menggunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menarik sokongan ahli Pas supaya menyertai himpunan Bersih 5.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, arahan yang dikeluarkan oleh ayahnya untuk menyokong himpunan Bersih ketika itu dibuat atas kapasiti sebagai Mursyidul Am Pas.

“Itu arahan parti masa itu, bukan arahan peribadi Allahyarham. Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua majlis syura ulama,”

“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah sifatnya itu dari orang yang dah mati, itu perangai penyembah kubur namanya, ”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang menyatakan ahli Pas wajib menyertai Bersih kerana ia adalah pesanan daripada Allahyarham Nik Aziz.

Pas sebelum ini menyatakan tidak akan menyertai Bersih kerana tidak bersetuju atas beberapa perkara yang tidak selari dengan Pas.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pas Mas melahirkan kesal dengan mereka yang tidak pula mahu mengikut amanah Allahyarham yang bersifat peribadi seperti Istiqamah dalam perjuangan.

“Arahan yang pasti bersifat peribadi yang tidak berubah iaitu Tok Guru istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan menentang, kenapa ini tidak ikut?” soalnya.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Apa yg husam tak ikut?
Adakah mengikut nasihat org yg sudah mati itu dikira penyembah kubur??
Habis kenapa kamu ikut nasihat ulama terdahulu yv telah mati?????
Apakah kamu wahai abduh, tidak takut jadi penyembah kubur?????

Anonymous said...

ulamak mendenyee oiii...kalo yg dah soheh ulamak2 muktabar terdahulu yg sanadnya bersambung sampai nabi saw tu memang lain cerita la kan..
ni org politik je kot..kalo asal pakai jubah je terus di anggap ulamak rosak ler anak cucu org islam gini..
adoiiihaiii hehe

Anonymous said...

Ulamak tu guru yg boleh diikut.
Tak kan ikut cakap guru jadi penyembah kubor.

Mabuk ker hapa?

Anonymous said...

Maknanya skang ni tak ada ulamak lagi la ye?

Anonymous said...

Politik tak boleh pisah dgn agama. Tak boleh jadi ulamak politik suku, agama suku. Untuk jadikan islam subur, perlu ada kuasa. Zaman skang ni nak ada kuasa kena kuat politik.

Klu tak ada kuasa politik, kapir pijak kepala kita. Ruu yg bukan hudud pun kapir nak bangkang. Cer kalu ada kuasa politik, benda ni berlaku tak?

Tu pasal ulamak kena terlibat dlm politik sekaligus martabatkan islam.

Suku suku ni ajaran sapa entah....

Anonymous said...

Patut la pemuda kat zimbabwe tak mcm almarhum bapa dia. Takut jadi penyembah kubor kot...

Anonymous said...

Nik abodoh ni..asal bukak mulut jer..terserlah kebodohan dan kejahilan..

Anonymous said...

ulamak ada tapi ko ikut la yg manhaj akidah dia bersambung sampai nabi saw..dah tentu2 dia ikut ijmak dalam semua hal..
ko tau tak x aliran akidah yg di panggil ahlisunnahwaljamaah tu akidah yg mana sebenarnya, yg mana ianya telah ijmak dan sanadnya itu sampai kat nabi saw?
sebab aliran akidah ni ada banyak..muktazilah jabariah qodariah mujasimmah musyabihah bagai..semuanye ngaku ahlisunnah ni walaupun akidah dia x ijmak/x sampai sanad ngan nabi saw hehe..kalo ko tau barang asas ni baru ko tau sape terkeluar jalur dan sape duduk dalam jalur..
dah tau belum?kalo belum tau kat barang yg paling asas ni ko ludah je muka ko sendiri, sebab barang paling asas pun ko x tau..tapi sembang mcm petir...ngikut2 org sondol ko sondol..
ha google la ape lagi belajar ngan ulamak google hehehe..

Anonymous said...

politik suku agama suku tu slogan dusta, budak2 x ngaji je pegang slogan tu hehe..org ngaji semua tau barang tu dusta hehehe..dah tentu2 politik yg ko pakai ni ialah hukum politik demokrasi..ianya bukan berasal dari islam tapi bila dah terdesak,hukumya jadi harus digunakan,sebab hukum khilafah xda kat malaysia ni..
mcm ko terpaksa makan babi la..dah xda makanan halal lagi toyib, babi je ada masa tu, jadi harus la ia saat tu...
tapi mana ada ko kene pegang iktikad ketika tu bahawa babi dan kesihatan manusia xdapat dipisahkan..xboleh dusuku2kan..babi dan kesihatan manusia xdpt dipisahkan mesti disatukan hehehehehe..
sama la demokrasi hukumnya harus ko guna..xkan ko nak beriktikad demokrasi dan agama kita xdapat dipisahkan...??
nak muntah aku kadang cakap ngan org bebal tapi ikut2an ni hehe..

Anonymous said...

Agama dulu baru politik. Biar agama mengawal politik bukan politik mengawal agama. Husam berpolitik dengan menguna pengaruh atgna yang mana semua orang dah tahu yang tolak husam sebagai mb kelantan adalah atgna jadi untuk menyelamatkan politiknya dia akan tetap guna nama atgna kami ahli pas ikut amalan atgna yang baik dan mengikut sunah nabi. Jangan guna nama atgna untuk kepentingan peribadi berdosa.

Anonymous said...

sudah la..geli aku dengar bila org politik pertahan diri..dia je maksum org lain semua barua..ini lagi bodoh org politik,walhal 2x5 je sama2 barua hehe hehe

Anonymous said...

*lagu bodoh

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.