Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

USUL INI SATU IKHTIAR SAHAJA, SEKURANGNYA MANUSIA TELAH BERUSHA

Hari kedua: Usul RUU 355 jatuh ke bawah
ruu355

KUALA LUMPUR - Hari kedua sidang Dewan Rakyat hari ini, menyaksikan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas aturan urusan mesyuarat Parlimen.

Terdahulu, pada hari pertama, semalam usul ini tidak sempat dibahaskan memandangkan ia tersenarai pada kedudukan keempat aturan mesyuarat,dan hari ini pula ia jatuh ke nombor tujuh.


Difahamkan, usul pindaan akta ini diturunkan untuk memberi laluan terlebih dahulu kepada usul yang akan dibawa kerajaan.

Untuk rekod, pindaan akta ini hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan dua pertiga dewan.

Sementara itu minggu ini juga, Dewan Rakyat akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak .

Sidang Parlimen kali ini akan berakhir pada 24 November.

Jika usul itu terus ditolak ke bawah, Abdul Hadi masih berpeluang memohon kerajaan menaikkan usul berkenaan.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Ayat seperti golongan yang ditipu berkali-kali selepas mengeluarkan kenyataan sombong dan riak. Selepas menghina dan mengkafirkan orang Islam semata-mata ingin ditipu dan terus ditipu. Bak kata Almarhum TGNA jangan sampai dipatuk 2 kali di tempat yang sama.

Anonymous said...

usaha dengan jual agama?...budak kecik baru nak ngaji bleh ler ko tipu..bila ko berusaha dengan bersih..bersih tu jihad..bila ko berusaha dengan dap,itu halallalan toyiban,bila ko dah x berusah dengan dap,dap tu kafir harbi,budak dah tau lama barang tu ko serban besar kapal pun x nampak barang tu,bila ko x berusaha dengan umno ko takfir umno,bila ko sedang berusaha dengan umno..umno dah x kafir dah..hehe ini bukan usaha..ni pendusta besar hehe..semoga diri2 kita, anak cucu kita muslim semua x kene tipu ngan ko..insyaAllah..

Anonymous said...

demi secebis kuasa habis anak cucu muslim yg xda bimbingan agama yg betul kena tipu ngan ko idup2..hehe

Anonymous said...

Kerasnya hati kamu. Kalau kamu seorang islam. Tentu ada sedikit iman dalam diri kamu.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.