Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KU LI TERTIDUR LAMA, BILA SEDAR DIA HAIRAN, KESIAN DIA !!!


KU LI TAK SOKONGPUN TAK PE, RUU 355 NI UNTUK ORANG ISLAM JE !!! - Pak Karamu


RUU 355 mesti melalui Parlimen



Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan


KUALA LUMPUR - Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibentang oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah akta Parlimen dan sebarang pindaan terhadapnya mesti melalui Parlimen.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Akta 355 adalah Akta Parlimen yang diluluskan pada 1965 kemudian, dipinda pada 1984.

“Jadi jelas menunjukkan bahawa akta itu dibuat di Parlimen, nak pinda pun mesti di Parlimen,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan tentang pindaan akta itu kerana menurutnya, agama adalah hak negeri, dan berada di bawah naungan raja-raja di negeri masing-masing.

“Bagi saya nak pinda Akta Parlimen mesti melalui Parlimen, ini pindaan kali ketiga, pindaan kedua adalah pada 1989.

“Jadi saya pun tak faham kenapa ahli parlimen berkata tak perlu bawa ke Parlimen?” soal Takiyuddin.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, usul tentang pindaan itu difahamkan telah diberi taklimat kepada Majlis Raja-raja.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Dia sibuk sangat tu.
Maklumlah hutan kaw dia selalu ada geng walaun sapu kasi bersih.

Anonymous said...

Tu pasal mp mesti org2 muda.
Org2 tua cepat letih.

Anonymous said...

Yg dah cecah umur 60 thn tu jaga bini ngan cucu dah la...tak kan umur dah lanjut cam tu masih nak kumpul reta.

Cukup2 la.
Bawak la beribadat.

Anonymous said...

MULIA SUNGGUH HATI AHLI AMANAH BERNAMA HANIFA MAIDIN:

Walaupun pernah dicaci cerca oleh para walaunta, tetapi beliau tetap jujur, ikhlas dan berani menegakkan kebenaran untuk ketua musuh politiknya.

Beliau begitu jujur mengatakan bahawa haji hadi tidak menyokong gst dalam ucapannya. Menurut hadi, tv3 sengaja ambil bahagian mukadimah ucapan hadi tanpa siarkan sambungan ucapan itu. Hanifa berani dan jujur membetulkan ketidakjujuran tv3 terhadap ucapan hadi ketika semua netizen mengecamnya.

Sungguh mulia hati beliau. Mudah2an dipermudahkan kesihatan dan perjalanan politik beliau. Beliau memberi madu pada ketua pas walaupun pernah dilempar hempedu dan racun berbisa.

Tahniah Hanifa Maidin.
Anda menjadi simbul istimewa untuk Amanah. Benarlah, Amanah memang amanah.

Tn guru tak nak samankah?????
Nak tunggu selasa depan jugak??

Anonymous said...

Woii kawan.. kami orang islam mana ada istilah bersara untuk beribadat. Setiap amalan adalah ibadah. Tak kira masa sibuk atau masa lapang...

Anonymous said...

Maksod dia, berhenti jadi ahli politik terus. Sekurang2nya masa utk memfitnah pil kuda dan membarua tu dpt diganti dgn solat sunat ker, dengar ceramah agama ker, iktiqaf kat masjid ker....

Bukan semua amalan org islam tu ibadah bhaii. Fitnah kapir murtad, cakap takfiri, membarua, nak tanam islam kat jirat cina...tu bukan ibadah turr.. tu panggei cari dosa free. Tak caya cer rujuk Quran n hadis.

Sbb tu dulu ada cerita sorang ulamak masa mati jadi kapir.

Anonymous said...

Apa ku li cakap tu memang betol.
Negeri x ada hasil lain. Royalti tak dpt. Tu pasal tebang hutan. Klu x tebang hutan cam ne nak bayar gaji kakitangan, gaji adun??? Tu yg kena tebang hutan tu.

Hasil lain berapa sen sangat laa...

Anonymous said...

Klu dah tak pandai cari hasil lain, baik serah kat bn aje. Bn pun bukan org lain...geng jugak.

Anonymous said...

Jgn salahkan ku li.
Sebenarnya dia bimbang klu kejaan negeri terus sapu hutan, banjir besar akan berlaku lagi.

Kang mana nak cari duit beli khemah? Tak kan nak tebang hutan lagi sampai licin??

Anonymous said...

Klu hutan dah habis ditebang besok, boleh tebang bulu hidung pulak.

Anonymous said...

Tanam durian kunyit pun dlm hutan. Mcm mane ler nak dpt hasil... tegur kang kena pecat...

Anonymous said...

Jual ayam ker, kerbau ker, lembu ker kan bole buat untung. Kan sana byk ternak lembu...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.