Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
WOIIT ? MEREKA INGAT PAS BOLEH DIJANJIKAN KEMENANGAN ? JIKA PAS DIPUJUK DENGAN KEMENANGAN DAN PULUS, HANGPA SEMUA BOLEH BLAH, PAS TAK BOLEH DIBELI MACAM MEREKA-MEREKA YANG TELAH LARI TUH. - Pak Karamu


Hubungan Pas, DAP ibarat 'berpatah arang'
 Hashim Jasin
Hashim Jasin

KANGAR - Mursyidul Am Pas yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan Pas dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan Umno atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredaan ALLAH SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media di sini hari ini.

Bekas Pesuruhjaya Pas Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.     


Menurut Hashim, Pas tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.

Pendekatan berbaik-baik dengan Umno bukan kerana Pas dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud Amanah, katanya.

"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan Pas untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan Amanah akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat pada 22 dan 23 Oktober ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.

Katanya Pas kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Mengenai pujukan PKR dan Amanah untuk Pas menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata Pas telah dapat melihat matlamat itu. - Bernama

11 orang berkata:

Anonymous said...

Baiklah dgn kenyataan diatas maka bersedialah utk bertempur 3 penjuru.
Sekiranya kalah janganlah pula menyalahkan sesiapa!
" Bukan semata-mata politik Cari Makan utk memenangi PRU" maknanya tak menang pun ok.
Hoi bodoh bila nak saman kes 90 juta tu...!!!

Anonymous said...

aku x paham apesal umno pesan kat korang dlu jgn kawan pembangkang terutama dap,tapi ko banckup lin guan eng siap pakai alasan agama..mcm lin guan eng tu sorang wali lak ko backup dia..terjentik lin guan eng maknanya terjentik la telor ko,sampai terbit rasa malu la aku tengok cara korang melompat backup lin guan eng dlu hehe.. sekarang bila ko dh x kawan pembangkang, dh jadi terbalik pulak,ape semua pembangkang buat jadi x betul dan salah..masyaAllah,ape nak jadi la guna agama untuk hawa nafsu parti politik..

Anonymous said...

ko buat perkara betul dan salah tu letaknya bukan kat agama tapi kat hawa nafsu parti politik ko..kalo parti politik ko kata betul maknanya betullah ,kalo parti politik ko kata salah maknanya salah la walaupun org dah pesan..hehe
bila hawa nafsu parti politik ko nak kan perkara tu,masa tu perkara tu jadi betullah..bila hawa nafsu parti politik ko dah x nak lagi kat perkara tu,perkara tu baru jadi salah,bahkan ape saja yg pehak tu buat semua jadi salah pulak dah..hehe
ape la barua sangat perangai,menipu sesama muslim atas nama agama..walhal sama je barua 2x5 ape parti pun..dah sama2 barua,jgn la buat agama jadi mangsa..
hehehe

Anonymous said...

Oi samdol....
cerita walaon tibai balak kat gua musang tak ada ker?

Anonymous said...

Oiii samdol...
cerita panas yusof qardhawi tibai boss walaunta tak ada ker?

Anonymous said...

kenapa kejaan walaunta kat Uganda hanya meluluskan penebangan balak di hutan simpan uganda dengan keluasan kurang 500 hektar? Takut kat DEIA ker?

Anonymous said...

balak kawasan rizab sungai pun ko sapu licin jugak ker?
patut la air sungai kat Zimbabwe sebijik cam teh tarik....

Anonymous said...

nasihat ikhlas drp kami kaum walaunta:
jangan tebang hutan banyak sangat. kang tak ada tempat babi dalam bukit nak duduk

Anonymous said...

bangang ker tak bangang?
RUU 355 wajib sokong kata pak walaon.
Cadang pun belum, bahas pun belum, rang undang2 pun belum ada.
Nak sokong menda????

Adie said...

Pakatan harapan nk ajak pas join dgn ayaq lioq mn dpa nk layan... Kna tembak dgn barang la bru puak ni mau.... Hihihi

Anonymous said...

Tembak dgn dedak lagi cepat sambar

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.