Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANJIR PANTAI TIMUR

Banjir di Tumpat semakin buruk
Banjir di Tumpat semakin buruk
 
Keadaan banjir di Tumpat semakin buruk. Lebih ramai penduduk dipindahkan.
 
TUMPAT - Banjir di Tumpat semakin buruk apabila mangsa banjir terus meningkat kepada 1,965 orang.

Penduduk yang dipindahkan adalah dari lebih 10 kampung antaranya Kampung Simpangan, Kuala Jambu, Teluk Jering, Jejulok, Palas Merah dan sekitar.

Limpahan Sungai Golok itu juga menyebabkan jalan utama laluan Chabang Empat-Meranti tidak dapat dilalui semua kenderaan.


Berikutan itu, Kampung Ana,Kampung Jambu, Kampung Cherang Melintang, Kampung Tok Oh, Kampung Padang Mandol, Kampung Jal Besar dan Kampung Jal Kechik terputus hubungan dan sebahagian penduduk kampung berpindah.

Daripada dua pusat pemindahan dibuka kelmarin iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan dan SK Pengkalan Kubor 2, kini dua lagi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat dan SK Pengkalan Kubor 1.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Tebang lg hutan tu sampai licin.
Senang sikit sotong nak naik darat

Anonymous said...

Bala

Anonymous said...

Dulu bukan main kutuk penang pasal banjir kilat.









Cepat je tuhan nak balas

Anonymous said...

Elehh....pakai ranjer ngan vw atau velfire bole angkut mangsa banjir pindah kat banglo2 anak beranak

Anonymous said...

Hutan simpan kan byk. Tebang la byk2 buat perahu.....

Anonymous said...

Longkang ngan sungai sumbat sbb byk sampah. Mana tak banjir...




Mintak la boss bersihkan longkang. Klu tak ada pitih bole jual balak lagi...

Anonymous said...

Mungkin bala atas dosa2 yg telah dilakukan. Banyakkan beristigfar dan bertaubatlah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.