Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK JANTAN DAN TAK BETINA LA KALAU MINTA MA'AF

Remaja panjat ‘IPOH’ buat permohonan maaf terbuka
Remaja panjat ‘IPOH’ buat permohonan maaf terbuka
 
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya (kanan) mengadakan pertemuan dengan lima remaja yang memanjat papan tanda 'Ipoh' (dari kiri), Muhammad Zaki Nasaruddin, 23, Muhammad Fais Roslee, 23, Norazlina Azmin, 21, Nor Farihan Baharudin, 24, dan Nor Farina Baharudin, 22, pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Foto Bernama
 
IPOH - “Kami mohon maaf, kami tahu perbuatan ini salah,” berikut merupakan permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh Norfarihan Baharudin, 23 tahun, salah seorang remaja yang memanjat mercu tanda Ipoh tempoh hari.

Menurutnya, sudah lama dia dan rakan-rakannya ingin membuat permohonan maaf namun tidak mempunyai medium yang sesuai.

“Sejak perkara ini mula tular di media sosial lagi kami ingin membuat permohonan maaf namun tidak diberi kesempatan dan peluang.

“Tambahan pula apabila rakyat mula mengecam perbuatan kami itu menjadikan saya takut untuk tampil dan beritahu hal sebenar,” katanya dalam satu video China Press.

Sebelum ini, sekumpulan remaja terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita bertindak memanjat papan tanda ‘IPOH’ baru-baru ini yang kemudiannya menjadi tular di media sosial.

Selain itu, beliau turut menjelaskan kepada ramai bahawa mereka sebenarnya sudah mengambil kira soal keselamatan sewaktu melakukan aksi tersebut.

“Apabila kami membuat keputusan untuk panjat, soal keselamatan sudah pun difikirkan dan ini juga bukanlah kali kami mendaki gunung atau lakukan aktiviti lasak.

“Setiap orang sudah mempunyai latar belakang masing-masing cuma tidak sangka bahawa perkara seperti ini akan berlaku,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa tindakan mereka itu adalah perkara yang tidak dirancang.

“Lumrah seorang ‘hikers’ apabila nampak sesuatu mulalah rasa nak panjat, itulah yang kami rasa sebenarnya bila lihat papan tanda itu.

“Sebenarnya, tiada trek pun untuk sampai ke sana, kami panjat sendiri sahaja, “ katanya.
Lapan individu yang terlibat dalam insiden ini membuat pertemuan dengan exco negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Tajuk x best sbb tak kutuk pan & dap

Anonymous said...

Dah salah mintak maaflah. Jgn keras kepala mcm lebai dol

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.