Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bohong, bohong dan bohong !

Saya tak suka orang pergunakan saya: Bahri
Datuk Bahri Mohamad Zin
Datuk Bahri Mohamad Zin

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, hari ini menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh media rasmi suruhanjaya itu.

Malah katanya, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.

"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya kepada Sinar Online.

Bahri berkata demikian bagi mengulas kenyataan media SPRM yang mendakwa pihaknya telah menghubungi beliau, dan menyatakan Bahri menafikan bahawa beliau bersara kerana kecewa terhadap kes siasatan SRC International (SRC).

 "Berhubung kenyataan di sebuah portal media, bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut," petik kenyataan SPRM.


Terdahulu, pada 3 Januari lalu, Sinar Online melaporkan Bahri mengesahkan bahawa beliau telah bersara awal daripada jawatan di BOK berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Bahri berkata, persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Cenderung pun tak boleh, berdosa. Apa lagi kalu bersekongkol memberi sokongan peluk2 dan bergandibg tangan.....



Org ni lebih mulia drp lebai dol sotong kering......

Anonymous said...

Semoga Allah memelihara datuk..

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Anonymous said...

Hamba Allah ini lebih berani melawan kemungkaran, kezaliman pemerintah dibandingkan dgn lebai2 penunggang agama dlm Pas.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.