Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU 14 SANGAT HAMPIR

Jentera BN perlu siap sedia hadapi PRU
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi - sumber internet

MUAR - Semua jentera BN khususnya Umno diminta untuk bersiap siaga menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang bagi memastikan kemenangan besar dapat dicapai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia termasuk melipatgandakan usaha dengan memberi tumpuan lebih terhadap beberapa kawasan sasaran.

"Saya ingin mengingatkan semua jentera BN dan Umno khususnya supaya melipatgandakan usaha di kawasan-kawasan tumpuan melalui beberapa gerak kerja ke arah mencapai kemenangan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) meliputi kawasan kecundang atau yang mempunyai kelebihan terlalu sedikit dalam PRU sebelum ini.

"Saya merasakan bahawa seteru politik pada masa kini telah melipatgandakan kerja-kerja mereka namun saya yakin sekiranya usaha-usaha itu ditingkatkan lagi, maka kawasan-kawasan tumpuan akan dapat peroleh kemenangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Bahagian Muar, Ledang, Pagoh dan Ledang di Bangunan Umno Muar, di sini, sebentar tadi.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan  supaya jentera Umno dapat bersama-sama membantu jentera BN dari parti-parti komponen dalam mendekati kumpulan sasaran bukan Melayu agar mereka turut memihak kepada BN menjelang PRU14.

"Saya mengingatkan juga meskipun Umno mempunyai kumpulan sasaran yang terdiri daripada orang Melayu, tetapi rakan-rakan parti komponen bukan Melayu juga harus didekati.

"Malah mereka juga akan bersama dengan kita untuk melakukan beberapa tindakan dan Umno harus membantu jentera parti-parti komponen agar kumpulan sasaran memihak kepada calon BN dalam PRU akan datang," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid sempat meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dengan barisan kepimpinan empat Umno Bahagian dalam satu majlis tertutup di sini.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor yang juga pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed.

Ahmad Zahid, yang tiba kira-kira jam 3.55 petang itu, turut dibawa melawat bangunan dan kemudahan yang disediakan di situ termasuk melihat potret-potret pemimpin Umno terdahulu.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.