Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM CUBA INGATKAN ORANG PANTAI TIMUR LUPA ISTIGHFAR ?

DI INGATKAN BAHAWA HUSAM MENDERMA RM 7 RIBU PADA MANGSA BANJIR KELANTAN , 
OK,
CEPAT-CEPAT MASUK DALAM SURAT KHABAR, NANTI ORANG TAK TAHU PULAK !
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Banjir: Husam ingatkan semua istighfar
Husam Musa
Husam Musa

SHAH ALAM – Seluruh rakyat khusus buat mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat diperingatkan untuk bertaubat dan beristighfar.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, istighfar boleh mengelakkan bala daripada turun atau mengangkat bala yang sedang turun.

“Perbanyakkan istighfar (sama ada) berseorangan, bersama keluarga atau beramai-ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, beliau mengikuti rapat perkembangan bencana banjir yang menimpa Pantai Timur Semenanjung dari Turki.

Beliau dilaporkan sedang menjalankan misi kemanusiaan untuk pelarian Syria di Turki sejak 31 Disember lalu.

“Saya mengikuti perkembangan banjir di Pantai Timur, khususnya di Kelantan dari sempadan Turki Syria. Pada waktu ini, kami sedang berkereta dari bandar Raihaniyat ke Urfa yang memakan masa selama lima jam.

“Bagi pihak diri saya, saya telah menderma RM 7,000 kepada Tabung Banjir Amanah Kelantan untuk bantuan kepada mana yang terlibat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, keadaan banjir di Kelantan semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan meningkat mendadak awal pagi ini kepada 9,643 orang berbanding 6,014 semalam.

Setakat jam 10 pagi ini,  portal e-Banjir Kerajaan Kelantan melaporkan 3,153 keluarga dipindahkan ke 83 pusat pemindahan di sembilan jajahan yang terlibat dengan banjir.

Jajahan Pasir Mas terus mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu sebanyak 5,410 mangsa terdiri daripada 2,088 keluarga  yang ditempatkan di 27 pusat pemindahan.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Alhamdulillah...ada duit tak lupa utk beri derma.

Gi syria bagus bantu sedara sunni kita. Bukan gi tehran jumpa ayoyotolollah syiah.

Bagus ingat-mengingati org lain beristigfar. Kdg2 org lupa bala tu sbb dosa2 kita.

Mudah2an diberkati Allah.

Anonymous said...

Kalu untaa2 bagi beras 5 kg pun ambik gambar masuk facebook. Heboh satu donia....

Anonymous said...

Baguslah ingatkan rakyat istigfar. Jgn sibuk kumpul dedak je

Anonymous said...

Kita patut banyakkan memberi.
Jangan banyakkan mintak derma tabung tin milo

Anonymous said...

Pakkaramu marah sgt sbb ada orang ingatkan rakyat klate banyak bertaubat dan beristigfar ker??

Buat benda baik pun kena kutuk. Apa punya untaa laa

Anonymous said...

Mungkin banjir tu bala atas dosa2 kita. Banyakkanlah bertaubat dan beristigfar

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

chenmeinv0 said...

louis vuitton
kate spade handbags
ugg outlet
michael kors handbags
tory burch outlet online
tommy hilfiger clothing
michael kors handbags
coach handbags new
louboutin shoes
knicks jerseys
20171.11chenjinyan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.