Himpunan 355 akan berlangsung aman, harmoni
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan menegaskan bahawa
Himpunan 355 ini merupakan satu perhimpunan aman dan bertujuan untuk
mengharmonikan ummah dalam perjuangkan isu pindaan Akta 355.
Menurutnya, himpunan ini akan dianjurkan secara tertib dan mematuhi
undang-undang serta secara aman dan harmoni dalam mendidik rakyat
mengenai isu yang diutarakan.
“Tiada perarakan jalan raya dan gerakan anti keamanan serta tidak
mengancam kestabilan negara malah himpunan ini akan diserikan dengan
pedoman agama yang dibimbing oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
“Oleh itu, sesetengah pihak tidak perlu bimbang ataupun menentang
perhimpunan ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Pas akan menganjurkan himpunan berkaitan Rang Undang-undang (RUU)
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) bagi memberikan
penjelasan penuh mengenainya bertempat di Dataran Merdeka pada 18
Februari nanti.
Tambahnya lagi, permohonan dari pihak Sekretariat Penganjur telah
dihantar kepada pihak berwajib dan satu perbincangan bersama pihak yang
terlibat mengenai perhimpunan tersebut.
“Kami akan turut menghadap pihak YB Dato' Menteri Wilayah, Dato Bandar
dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)bagi berbincang secara beradab dan
tertib.
“Pihak kami juga akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjaga
kebersihan tapak program, keselamatan, ketenteraman awam, keceriaan dan
akan memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya
lagi.
4 orang berkata:
Kalau tiada kebenaran kira HARAM. Kalau haram tak boleh pergi. Takut nanti kena tangkap masuk lokap. Datuk jamal org umno pun kena tangkap.
Jangan langgar undang2 negara
Kakitangan awam tak boleh pergi perhimpunan haram. Kena tangkap nanti kena buang kerja, susah anak bini kita. Pas tak boleh tolong kalau kena buang kerja.
Kakitangan awam sudah sign aku janji taat pemerintah dan undang2.
Tak ada penyakit jangan cari penyakit....
Walharamu walhalalku
Halalan toyiban alunta2
Waluntaa fil baghal
Post a Comment