25 Oktober, 2013
Rahsia Di Sebalik Tragedi Pegawai Bank Di Tembak Tersebar
Kini telah menjadi perbualan secara terbuka dimana-mana saja bahawa
pengawal keselamatan yang menembak mati seorang wanita Pegawai Bank
AmBank di USJ Sentral, semalam dan melarikan sejumlah wang bekerja
dengan syarikat yang dimiliki oleh seorang exco wanita UMNO Malaysia.
Securiforce Sdn Bhd ... Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn.
Bhd. (Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid. Jika kisah ini benar maka
perlu pihak berwajib dan berkuasa yang mengeluarkan lesen dan permit
syarikat keselamatan yang membolehlah para pengawalnya membawa dan
menggunakan senjata api memberikan penjelasan sebab di percayai juga
pengawal keselamatan berkenaan memiliki MyKad Palsu.
Rakyat ingin tahu akan kebenaran sehingga ke akar umbi tanpa ada sebarang percubaan untuk melindungi.
Kementerian Dalam Negeri mempunyai prosedur dan tata cara yang amat ketat untuk mengeluarkan lesen bagi pengawal keselamatan membawa dan menggunakan senjata api.
Jika ada sebarang perlanggaran syarat permit dan lesen di keluarkan kepada Syarikat Securiforce Sdn Bhd jika benar pengawal keselamatan ini bertugas dan berkhidmat dengan dengan berkenaan.. perlu dan wajar segera diambil tindakan.
0 orang berkata:
Post a Comment